Wednesday, February 13, 2013

Energizing Soy Protein (ESP) – Vanilla

Energizing Soy Protein (ESP) – Vanilla
850 gm / 30 servings (sajian)

Energizing Soy Protein adalah produk Shaklee yang membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat bagi lelaki.
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan tenaga yang konsisten
  • Protein soya mengurangkan kolestrol
  • Mengandungi 5 Vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian membuktikan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program yang di gelar Identity Preservation Program (IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Nutrition Facts
850 gm / 30 servings (sajian)
Each Serving contains

% Daily Value
Calories
110

Total Fat
1 g
2%**
Protein (as soy protein isolate)
14 g
28%**
Calcium
500 mg
50%**
Thiamin (as thiamine mononitrate)
2 mg
133%
Riboflavin
2 mg
118%
**Percent Daily Values based on 2,000 calorie diet

Perbezaan Energizing Soy Protein Shaklee
  • Protein soya Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengekalkan tenaga selama berjam-jam.
  • Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein serta menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya.
  • Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yang memastikan kacang soya Shaklee bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik.
Tahukah Anda?

Indeks glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala tahap glisemik indeksnyang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Indeks Glisemik Rendah = Kurang daripada 55
Rendah
Sederhana
Tinggi
0                    Protein                 55
69
120+

Testimoni Pengguna ESP :


  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Tuesday, February 12, 2013

B-Complex

B-Complex

MAL 07010988XC

Vitamin B Penting Untuk Kesihatan

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alcohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi penting tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik. 

Pilihan Vitamin B Yang Tepat 

Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. 

Perbezaan Shaklee 

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif 

B-Complex mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanitaterbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Nutrition Facts
120 tablets / 60 servings
Each tablet provides :
Amount Per Tablet
Vitamin B1 – Thiamin (as Thiamin Mononitrate)
10.12 mg
Vitamin B2 – Riboflavin
11.47 mg
Vitamin B3 – Niacin ( as Niacinamide)
135 mg
Vitamin B6 – (as Pyridoxine Hydrochloride)
13.5 mg
Fotate ( as Folic Acid)
200 mcg
Vitamin B12 (as Cyanocobalamin)
40.5 mcg
Biotin (as d-Biotin)
150 mcg
Pantothenic Acid (as d-Calcium Pantothenate)
67.5 mg




Khasiat dan keberkesanan pengambilan Vitamin B :
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan tidur 
  • Mencegah dari terkena stroke 
  • Meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan 
  • Membantu merendahkan paras homosistena pada pesakit ginjal yang teruk, pesakit jantung dan juga strok 
  • Mengurangkan risiko kecacatan pada bayi jika diambil oleh ibu mengandung 
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser kolon 
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara 
  • Mengurangkan stress dan tekanan 
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit mata 
  • Mengurangkan tahap kolestrol 
  • Membantu pergerakan sendi dan mengurangkan sakit serta bengkak (keradangan) bagi pesakit Osteoartritis 
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer 
  • Cirit birit yang disebabkan oleh kolera 
  • Diabetis tahap 1 dan 2 
  • Pencegahan dan rawatan penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata 
  • Pencegahan dan rawatan pada kulit akibat dari terapi radiasi 
  • Membantu Ibu hamil yang menghadapi perut bermasalah dan muntah semasa kehamilan 
  • Membantu mengurangkan sakit pada payudara ketika datang haid (PMS) 
  • Mengurangkan risiko penyakit batu karang 
  • Mengurangkan risiko kanser paru-paru pada perokok 
  • Mencegah migrain. Pengambilan Vitamin B dapat mengurangkan kekerapan sakit kepala akibat migrain 
 Testimoni Pengguna B-Complex

  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

VITA-E COMPLEX®

VITA-E COMPLEX® 

MAL 07021518XC

Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan sistem imun

Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkat fungsi peparu kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua. 

Satu kapsul gel lembut membekalkan :
  • 400 IU Vitamin E dari sumber semulajadi 
  • 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E 
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan
Nutrition Facts
120 kapsul / 120 sajian
Each serving provides :

% Daily Value
Vitamin E
(as d-alpha tocopherol concentrate and mixed tocopherols concentrate)
400 IU
1334 %
Selenium
(as selenium protein hydrolysate)
10 mcg
14 %




Khasiat dan keberkesanan pengambilan Vitamin E :
  • Amalan pengambilan Vitamin E dapat mencegah terkena kanser pundi kencing. 
  • Membantu memperlahankan kehilangan memori pesakit Alzheimer tahap kronik. 
  • Pengambilan Vitamin E pada 2 hari sebelum dan 3 hari selepas pendarahan, mampu mengurangkan tahap kesakitan haid. 
  • Pengambilan Vitamin E sebelum dan selepas kimoterapi membantu mengurangkan kerosakan saraf. 
  • Bagi pesakit penyakit hati (nonalcoholic steatohepatitis), pengambilan Vitamin E 400 – 1200 IU setiap hari membantu mengurangkan gejala penyakit pada orang dewasa dan kanak-kanak selepas rawatan 4 – 24 bulan. 
  • Bagi pesakit kemerosotan penglihatan (AMD - Age-related macular degeneration), pengambilan Vitamin E,C, Zink dan Beta Carotena boleh membantu memperlahankan kemerosotan penglihatan. 
  • Membantu mengatasi masalah kemandulan lelaki. 
  • Membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi semasa kehamilan. 
  • Membantu pesakit yang mengalami masalah pergerakan (tardive dyskinesia dan dyspraxia). 
  • Penyakit Parkinson 
  • Membantu kanak-kanak yang menghidap sakit buah pinggang. 
  • Membantu mengubati pesakit G6PD 
  • Talasemia Beta 
  • Demensia 
  • Kulit kemerahan disebabkan pancaran matahari (sunburn) 
  • Menyembuhkan luka mata akibat pembedahan 
  • Memulihkan tisu yang rosak akibat radikal bebas

  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Sustained Release Vita-C™


Sustained Release Vita-C™ 

500 mg


MAL 07010987XC

Bekalan Vitamin C Secara Semulajadi Jam Demi Jam 
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Shaklee Sustained Release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam. 

Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Nutrition Facts
180 tablet / 180 sajian
Each serving provides :
% Daily Value
Total Carbohydrate
< 1 g
< 1 %
Vitamin C (as ascorbic acid)
500 mg
833 %
Sodium
5 mg
< 1%

Khasiat dan keberkesanan pengambilan Vitamin C :

  • Dengan pengambilan Vitamin C, badan lebih mudah menyerap zat besi dari makanan seharian atau supplement yang kita ambil. Zat besi penting dalam badan untuk mengatasi masalah anemia atau kekurangan darah merah yang sering terjadi pada wanita yang mengandung. 
  • Pengambilan Vitamin C meningkatkan kecekapan merawat kulit yang berkedut dan juga kulit yang terdedah kepada matahari. 
  • Mengurangkan risiko kanser mulut dan payudara. 
  • Vitamin C membantu untuk merawat selsema. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C yang banyak ketika selsema boleh memendekkan masa dari 1 ke 1.5 hari pada sesetengah pesakit. 
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. 
  • Pengambilan Vitamin C bersama Vitamin E membantu mencantikkan kulit serta merawat kulit yang terkena pancaran matahari. 
  • Mengurangkan risiko penyakit pundi hempedu. 
  • Memperlahankan kesan osteoarthritis. 
  • Pengambilan Vitamin C bersama Zink, Vitamin E dan Beta Carotena dapat membantu mencegah penglihatan kabur atau rabun. 
  • Membantu mengurangkan protein di dalam air kencing bagi pesakit kencing manis tahap 2. 
  • Mengurangkan jangkitan paru-paru disebabkan oleh senaman berat. Pengambilan Vitamin C sebanyak 600 mg hingga 1 gram sebelum melakukan senaman berat membantu menghalang jangkitan pada paru-paru. 
  • Vitamin C membantu keberkesanan pengambilan ubat sakit dada (nitrogliserin) yang mana ia meningkatkan lagi tempoh ubat tersebut. 
  • Mencegah pengerasan arteri (atherosclerosis). 
  • Pengambilan Vitamin C beserta dengan Vitamin B dan E dapat mengurangkan penghantaran virus HIV dari ibu kepada bayi yang baru di lahirkan. 
  • Mengurangkan komplikasi selepas pergelangan tangan patah. 
  • Mengurangkan plumbum dalam darah. 
  • Mengurangkan komplikasi pada ibu-ibu mengandung yang berisiko (pre-eclampsia). 
  • Meningkatkan prestasi fizikal dan kekuatan untuk mereka yang telah lanjut usia.


  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX


VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX

REVOLUSI TERBARU DARIPADA SHAKLEE


Minuman campuran botani Vivix™ merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan. 

NUTRITIONAL FACTS
Serving Size : 1 Teaspoon (5ml)
Serving Per Container : 30

Per 100 g
Per Serving
Energy
252 kcal
15kcal
Carbohydrate
67 g
4 g
Total Sugar
2 g
0.1 g
Protein
0.3 g
0.02 g



Botanical Blend 1390 mg
(Polygonum Cuspidatum Extract, Muscadine grape Extract, European Elderberry Extract and Purple Carrot Extract)


Khasiat Lobak Ungu (Purple Carrot) 

Lobak ungu mengandungi anti-oksidan, anticarcinogens dan beta-carotenes yang lebih tinggi daripada lobak merah. Kandungan anticarcinogens yang terdapat pada lobak ungu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan badan untuk melawan wabak penyakit. Kajian mendapati kandungan anticarcinogens yang terdapat dalam lobak ungu mampu merawat kanser kerongkong, hati, perut, prostat dan ginjal. Pengambilan lobak merah yang banyak boleh melindungi anda dari jangkitan dan kesan alergi. Kandungan Vitamin A yang banyak di dalam nya membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran arteri tersumbat dan terkena strok. Vitamin B, C, E dan Calcium pectate dan serat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Khasiat lobak ungu bukan setakat itu sahaja. Ia juga menyerlahkan kecantikan luaran. Kandungan nutrient dalam lobak ungu didapati dapat menyuburkan rambut, kuku dan kulit. Bagi ibu yang menyusukan anak pengambilan lobak ungu boleh meningkatkan kualiti susu ibu. Lobak ungu kaya dengan sumber kalsium yang mana ia mudah dihadam oleh tubuh kita. Zaman dahulu, akar lobak ungu digunakan untuk mengubati pelbagai masalah sembelit dan penghadaman yang bermasalah. Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland membuktikan dengan pengambilan lobak ungu yang kerap dapat merendahkan tekanan darah, menstabilkan kandungan gula dalam badan serta memberikan perlindungan pada tubuh terhadap serangan jantung dan penakit hati. 


Khasiat Anggur Muscadine (Muscadine Grape) 

Anggur Muscadine adalah buahan tempatan yang boleh didapati di Selatan Timur Amerika Syarikat yang mana ia boleh dikatakan sebagai anggur yang paling berkhasiat berbanding anggur jenis lain. Kandungan antioksidan yang tinggi pada kulit anggur muscadine berperanan merosakkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel badan menjadi rosak dan ini mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, kandungan antioksidan di dalam anggur membantu melambatkan proses penuaan serta meningkatkan sistem imun badan. Disamping itu kehadiran resveratrol pada kulit anggur muscadine bertindak sebagai anti-kulat. Dari hasil kajian mendapati terdapat tambahan kromosom pada anggur muscadine yang tidak ditemui pada anggur lain. Kromosom ini menghasilkan asid elergik yang mana ia berkesan untuk mencegah pelbagai jenis kanser. Anggur muscadine kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan mangan di dalamnya memudahkan pembentukan tisu-tisu penghubung dalam badan. 

Pencegah Kanser : Menurut kajian yang dijalankan oleh Strange Cancer Prevention Centre di New York mengesahkan kandungan reservatrol yang terdapat di dalam anggur muscadine berperanan menghalang pertumbuhan COX, sejenis sebatian yang menyebabkan kanser payudara dan kanser jenis lain. Reservatrol menghalang pertumbuhan tumor dalam 3 peringkat iaitu, permulaan, pertengahan dan perkembangan. Warna ungu pada kulit anggur muscadine adalah disebabkan anthocyanins. Anthocyanins ini mengandungi antioksidan yang kuat dan telah di uji positif terhadap kesan anti-tumor. Dalam beberapa ujian yang dijalankan, anthocyanins di sahkan menghalang sintesis DNA dalam sel-sel tumor, pertumbuhan salur darah dalam tumor dan mengawal pertumbuhan enzim yang bertanggungjawab penyebaran sel tumor. Dengan kehadiran Asid elergik yang terdapat di dalam anggur muscadine pesakit kanser tidak perlukan kimoterapi. 

Penjagaan Kulit : Kulit yang cantik datangnya dari penjagaan yang sesuai. Kehadiran antioksidan yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu dalam mengawal kesan-kesan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan pertambahan usia, keupayaan tubuh untuk menghasilkan antioksidan semakin berkurangan dan kulit menjadi semakin tidak bermaya dan rosak. Kerosakan pada mikro kapilari dan kolagen menyebabkan kulit berkedut. Antioksidan membantu menguatkan dinding kapilari. Kehadiran Cosmeceuticals dan nutraceuticals membantu memelihara kulit yang bersih dan sihat. 

Penjagaan Jantung : Anggur Muscadine kaya dengan flavonoids dan reserveratrol yang membantu untuk kesihatan jantung dan merendahkan risiko serangan jantung. 

Kencing manis, kawalan berat badan dan gangguan metabolik : Anggur Muscadine boleh membantu mengawal kencing manis. Ia bertindak mengurangkan tahap glukosa darah, merendahkan trigliserida, mengurangkan kolestrol serta mencegah pembekuan darah. Ia juga mengawal gangguan metabolic yang boleh menyebabkan mengurangkan kepekaan insulin, melemahkan toleransi glukosa, menurunkan tahap HDL (Kolestrol baik). Gangguan metabolik pada umumnya menjejaskan orang untuk menikmati makanan berkalori tinggi. Oleh itu, kandungan reservatrol yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu merendahkan gangguan metabolic dan sebagainya. 

Pelanjutan Usia : Penyelidik-penyelidik percaya reservatrol membantu melanjutkan usia genetik. Daripada kajian yang dibuat menggunakan wain Muscadine, didapat 30% yang mengambil wain Muscadine mempunyai jangka hayat yang lebih panjang walaupun gaya hidup mereka tidak aktif. Dipercayai reservatrol melambatkan kesan-kesan penuaan dan memanjangkan hayat. 

Daya Ingatan : Anggur Muscadine kaya dengan kuersetin yang mana membantu dalam evolusi kognitif yang lebih baik serta fungsi otak dan merendahkan risiko demensia dan Alzheimer. 


Khasiat Elderberi Eropah (European Elderberry) 

Elderberi mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid. Ia membantu untuk mengurangkan bengkak,melawan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Kajian mendapati elderberi boleh menyembuhkan sakit seperti demam, selsema, sakit kepala, sakit tekak, keletihan dan kesakitan badan. Satu kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan elderberi, selsema dapat mengurangkan tempoh masa simptom selsema sebanyak 50%. Kajian makmal juga mendapati elderberi berkesan menentang influenza H1N1 dan selsema babi. Beberapa kajian mendapati elderberi juga boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis, merendahkan tahap kolestrol dan merawat HIV. 

Elderberi adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk pembuatan ubat-ubatan seperti selsema, influenza H1N1, HIV/AIDS dan meransang sistem imun. Ia digunakan untuk mengubati sakit sinus,sakit tulang belakang,sakit kaki (sciatica), sakit saraf (neuralgia) dan sindrom keletihan kronik (CFS). Sesetengah orang menggunakan elderberi untuk merawat demam alergi (allergic rhinitis), kanser, julap untuk sembelit, meningkatkan aliran air kencing dan menyebabkan berpeluh. Elderberi mampu menentang virus termasuklah selsema dan mengurangkan keradangan. 

Elderberi sememangnya berkhasiat tetapi kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik,SLE), arthritis rheumatoid(RA) adalah tidak digalakkan untuk mengambil Elderberi kerana ia menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. 


Khasiat Polygonum Cuspidatum 

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Hu Zhang, kojo-kon atau Japanese knotweed. Dalam perubatan cina zaman dahulu, akar dan ranting yang telah dikeringkan dijadikan ubat yang serbaguna. Sekarang, saintis telah menemui bahawa polygonum berupaya melawan kanser dan merawat sistem kardiovaskular juga. Sains telah menemui bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam Polygonum bertindak sebagai antimikrob, antioksidan dan antimutagen dalam kanser. Selain itu ia juga terbukti dapat menyembuhkan kulit yang terbakar, meningkatkan sistem imun dan fungsi jantung. Reservatrol ditemui di dalam Polygonum yang mana diketahui kebaikannya mengalakkan kesihatan jantung. 

Di dalam perubatan tradisional cina, Polygonum digunakan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan kepanasan dan membuang toksin. Akar kering dan batangnya telah digunakan untuk merawat kanser, menurunkan paras kolestrol serta mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, sakit-sakit sendi, kesakitan semasa haid, kudis-kudis dan kecederaan yang teruk. Ia juga dijadikan sebagai ubat sapu untuk merawat kulit dan sebagai krim untuk mengurut kerana mengandungi astringen dan ciri-ciri antimikrob yang terdapat di dalamnya. 

Secara umumnya Polygonum Cuspidatum tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.



  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Monday, February 11, 2013

PERMULAAN YANG SIHAT UNTUK TAHUN BARU


PERMULAAN YANG SIHAT UNTUK TAHUN BARU 

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina. Almaklumlah Malaysia ni kan berbilang bangsa, agama dan budaya. Tahun baru, impian baru, semangat baru dan segala-galanya penuh dengan inspirasi yang baru...Jadi apa matlamat Tahun Baru anda...? 

Untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam hidup sudah semestinya kita memerlukan tubuh badan yang sihat dan bertenaga, bukan diri sendiri sahaja malah keseluruhan keluarga yang tersayang. Memiliki dan mengekalkan tubuh badan yang sihat adalah Anugerah Allah s.w.t. yang tiada tolak bandingnya. Bersyukurlah kepada Nya dengan sentiasa berzikir dan mengingati Nya. InsyaAllah, Allah akan memberi berlipat ganda nikmat Nya kepada hamba yang hati nya sentiasa berzikir dan mengingati Allah. 

Dengan faktor dan gaya pemakanan sekarang, sukar untuk kita pastikan adakah kita telah mengambil secukupnya nutrient yang diperlukan oleh badan. Penggunaan bahan kimia pada tumbuhan, makanan segera, cara masakan yang berminyak dan suhu yang panas ketika memasak telah menghilangkan banyak khasiat dari makanan yang kita ambil seharian. Hasilnya kita hanya kenyang tetapi nutrient yang sepatutnya kita dapat hanya sedikit sahaja. Sedangkan tubuh badan kita amat memerlukan nutrient untuk memberikan tenaga dan menyegarkan kita agar kita sentiasa sihat dan tidak tua sebelum sampai masanya. 

Kita rakyat Malaysia ni kalau bab makan memang takde pantangnya. Kalau boleh semua kita nak cuba selagi halal dan boleh di makan. Bila tiba musim perayaan, masa tu lah kita akan makan sepuas-puasnya hingga terlupa diet. Almaklum ajelah kalau bau masakan dah menusuk dan membuka selera, segalanya nampak sedap dan hendak di makan...termasuklah saya...hehe...Saya mengaku yang saya memang kuat makan. Tapi saya akan pastikan saya mengambil supplement yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan badan yang sihat. Alhamdulillah, dengan pengambilan Vitamin Shaklee secara konsisten saya kekal sihat. 

Sesetengah orang fikir yang Vitamin Shaklee ni hanya untuk orang perempuan sahaja. Ishhhh...salah tu...bukan orang perempuan jer yang kena jaga kesihatan tetapi orang lelaki pun kena jaga juga. Terutamanya orang lelaki ni ketua keluarga yang mencari rezeki buat keluarga. Vitamin sebenarnya boleh di ambil oleh segenap umur baik lelaki, perempuan, ibu dan ayah kita serta anak-anak. Tak caya...??? Tanyalah pakar-pakar nutrisi. 

Vitamin ni bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Kenapa saya kata macam tu??? Bila kita mendapat nutrisi yang secukupnya, tubuh badan akan sihat. Kesihatan yang datang dari dalam ini akan membuatkan kulit kita semakin cantik, wajah berseri-seri, hati pun senang dan gembira. Rumahtangga yang suami isteri serta anak-anaknya sihat akan lebih ceria dan bahagia. Bukan ke itu idaman setiap orang... 

Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah berkenaan keperluan 4 nutrien yang perlu kita ambil dalam diet seharian untuk mengembalikan kesihatan badan. 

Energizing Soy Protein (ESP)
Kandungan protein dalam soya lebih banyak daripada kandungan protein di dalam sayuran lain dan ia merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Antara khasiat protein soya termasuklah kulit berseri dan anjal, kulit kepala dan rambut yang sihat, kuku yang kuat dan tidak rapuh, kesihatan jantung, mengekalkan kulit muda, mengurangkan kolestrol dan osteoporosis serta penyakit jantung, memulihkan fungsi prostat lelaki, menguatkan ingatan serta kecergasan dan keupayaan seksual. Hasil kajian membuktikan yang kacang soya juga kaya dengan isoflavones yang mana isoflavones ini sesuai untuk semua peringkat usia terutamanya kepada wanita yang mementingkan kesihatan tulang dan mengalami simptom menopause. 

ESP adalah produk Shaklee yang berasaskan pada kacang soya Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik), mengandungi 22 jenis asid amino dan ia mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Rendah lemak dan tiada kolestrol. Ia terbukti secara klinikal mampu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Pengambilan ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal, membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat. 

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin) 
Kandungan makanan sekarang tidak mengandungi khasiat seperti dahulu berikutan penggunaan bahan kimia dalam pertanian, produk makanan segera, kaedah dan cara memasak. Tubuh badan kita yang sentiasa bekerja setiap hari perlukan nutrient yang banyak dan pelbagai. Oleh itu amat digalakkan untuk mengambil multivitamin di dalam diet harian untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. 

Vita-Lea Iron Formula Shaklee adalah makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.Ia di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan orang dewasa. Manakala Vita-Lea for Children Chewable mengandungi 19 vitamin dan mineral penting bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat serta baik untuk tumbesaran. 

B Complex 
Tekanan hidup, alcohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik. 

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. 

Chewable Vita-C Plus 
Vitamin C adalah vitamin anti-oksidan dan ia tidak disimpan di dalam badan. Ia membantu pertumbuhan sel serta tisu yang sihat dan menguatkan sistem imun dalam badan. Fakta kajian membuktikan bahawa dengan menghisap Vitamin C dalam kuantiti yang kecil beberapa kali sehari memberikan penyerapan yang lebih baik. 

Chewable Vita-C Plus Shaklee adalah vitamin yang telah ditambah baik kandungannya. Ia membekalkan 100 mg Vitamin C beserta bioflavonoids dan rose hips untuk membantu meningkatkan fungsi Vitamin C dan mengelakkan oksidasi Vitamin C. Dengan rasa sitrus yang hebat, ia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar menelan tablet. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya amat berpuas hati dengan Vitamin Shaklee. Malah saya berkongsi kebaikannya dengan keluarga kerana saya ingin mereka juga sihat. Terutamanya kedua ibu bapa serta adik-adik yang masih belajar. 

Disamping pengambilan supplement, untuk mengekalkan badan yang sihat, kita digalakkan untuk melakukan senaman. Senaman bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi turut membantu mengurangkan risiko serangan jantung, diabetis (kencing manis), tekanan darah tinggi dan juga kanser. 

Akhir kata dari saya,ambillah makanan yang berkhasiat. Keluarga yang sihat akan memancarkan kebahagiaan serta keceriaan dan impian setiap insan.



  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...