Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Keguguran di awal kehamilan FIBROID-CYST-PCOS...Ketahui punca-puncanya


Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.
Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.
Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah  sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran.

Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunya kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan????
 Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.
Anda boleh menggunakan supplement shaklee berikut untuk mengelakkan keguguran berulang lagi..memperbaiki kromosom sama ada lelaki atau perempuan

Zinc Complex

Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.







Vita-E Complex with Selenium

Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.
Selenium juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.


GLA Complex  with Vitamin E and Sunflower Seed Oil


Diekstrak dari Minyak Borage yang merupakan sumber asid lemak omega -6 dalam kepekatan yang paling tinggi dan semulajadi. Dilengakapi dengan Vitamin E dan minyak bunga matahari. GLA Complex berfungsi dengan mengawal keseimbangan hormon. Membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan. Disamping itu ia membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur di mana ia penting untuk membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan dengan ovum dan memanjangkan jangka hayat sperma untuk tingkatkan peluang persenyawaan.








Vivix 

Mengandungi 4 bahan aktif (Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu)yang tinggi dengan kandungan Resveratrol dan Polifenol (kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi) yang lain.
Resveratrol digunakan sebagai terapeutik dalam beberapa penyakit kronik.
Penimbunan AGE (Advanced Glycation End Products) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10 kali ganda lebih kuat dari resveratrol mampu melambatkan pembentukan AGE. Vivix bertindak dengan menyerap masuk sehingga ke dalam DNA untuk memulih dan memperbaiki DNA.









Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan???
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

Shaklee menyarankan 3 Vitamin asas untuk Antioksidan menghalang FIBROID DAN CYST
FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Testimoni Pengguna Shaklee






Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.

  • SMS/Call/Whatsapp/Viber/Line : 014 6928253 / 019 6654409
  • Add Friend & PM : Nordiana Jamil


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Tuesday, February 12, 2013

VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX


VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX

REVOLUSI TERBARU DARIPADA SHAKLEE


Minuman campuran botani Vivix™ merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan. 

NUTRITIONAL FACTS
Serving Size : 1 Teaspoon (5ml)
Serving Per Container : 30

Per 100 g
Per Serving
Energy
252 kcal
15kcal
Carbohydrate
67 g
4 g
Total Sugar
2 g
0.1 g
Protein
0.3 g
0.02 g



Botanical Blend 1390 mg
(Polygonum Cuspidatum Extract, Muscadine grape Extract, European Elderberry Extract and Purple Carrot Extract)


Khasiat Lobak Ungu (Purple Carrot) 

Lobak ungu mengandungi anti-oksidan, anticarcinogens dan beta-carotenes yang lebih tinggi daripada lobak merah. Kandungan anticarcinogens yang terdapat pada lobak ungu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan badan untuk melawan wabak penyakit. Kajian mendapati kandungan anticarcinogens yang terdapat dalam lobak ungu mampu merawat kanser kerongkong, hati, perut, prostat dan ginjal. Pengambilan lobak merah yang banyak boleh melindungi anda dari jangkitan dan kesan alergi. Kandungan Vitamin A yang banyak di dalam nya membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran arteri tersumbat dan terkena strok. Vitamin B, C, E dan Calcium pectate dan serat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Khasiat lobak ungu bukan setakat itu sahaja. Ia juga menyerlahkan kecantikan luaran. Kandungan nutrient dalam lobak ungu didapati dapat menyuburkan rambut, kuku dan kulit. Bagi ibu yang menyusukan anak pengambilan lobak ungu boleh meningkatkan kualiti susu ibu. Lobak ungu kaya dengan sumber kalsium yang mana ia mudah dihadam oleh tubuh kita. Zaman dahulu, akar lobak ungu digunakan untuk mengubati pelbagai masalah sembelit dan penghadaman yang bermasalah. Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland membuktikan dengan pengambilan lobak ungu yang kerap dapat merendahkan tekanan darah, menstabilkan kandungan gula dalam badan serta memberikan perlindungan pada tubuh terhadap serangan jantung dan penakit hati. 


Khasiat Anggur Muscadine (Muscadine Grape) 

Anggur Muscadine adalah buahan tempatan yang boleh didapati di Selatan Timur Amerika Syarikat yang mana ia boleh dikatakan sebagai anggur yang paling berkhasiat berbanding anggur jenis lain. Kandungan antioksidan yang tinggi pada kulit anggur muscadine berperanan merosakkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel badan menjadi rosak dan ini mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, kandungan antioksidan di dalam anggur membantu melambatkan proses penuaan serta meningkatkan sistem imun badan. Disamping itu kehadiran resveratrol pada kulit anggur muscadine bertindak sebagai anti-kulat. Dari hasil kajian mendapati terdapat tambahan kromosom pada anggur muscadine yang tidak ditemui pada anggur lain. Kromosom ini menghasilkan asid elergik yang mana ia berkesan untuk mencegah pelbagai jenis kanser. Anggur muscadine kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan mangan di dalamnya memudahkan pembentukan tisu-tisu penghubung dalam badan. 

Pencegah Kanser : Menurut kajian yang dijalankan oleh Strange Cancer Prevention Centre di New York mengesahkan kandungan reservatrol yang terdapat di dalam anggur muscadine berperanan menghalang pertumbuhan COX, sejenis sebatian yang menyebabkan kanser payudara dan kanser jenis lain. Reservatrol menghalang pertumbuhan tumor dalam 3 peringkat iaitu, permulaan, pertengahan dan perkembangan. Warna ungu pada kulit anggur muscadine adalah disebabkan anthocyanins. Anthocyanins ini mengandungi antioksidan yang kuat dan telah di uji positif terhadap kesan anti-tumor. Dalam beberapa ujian yang dijalankan, anthocyanins di sahkan menghalang sintesis DNA dalam sel-sel tumor, pertumbuhan salur darah dalam tumor dan mengawal pertumbuhan enzim yang bertanggungjawab penyebaran sel tumor. Dengan kehadiran Asid elergik yang terdapat di dalam anggur muscadine pesakit kanser tidak perlukan kimoterapi. 

Penjagaan Kulit : Kulit yang cantik datangnya dari penjagaan yang sesuai. Kehadiran antioksidan yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu dalam mengawal kesan-kesan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan pertambahan usia, keupayaan tubuh untuk menghasilkan antioksidan semakin berkurangan dan kulit menjadi semakin tidak bermaya dan rosak. Kerosakan pada mikro kapilari dan kolagen menyebabkan kulit berkedut. Antioksidan membantu menguatkan dinding kapilari. Kehadiran Cosmeceuticals dan nutraceuticals membantu memelihara kulit yang bersih dan sihat. 

Penjagaan Jantung : Anggur Muscadine kaya dengan flavonoids dan reserveratrol yang membantu untuk kesihatan jantung dan merendahkan risiko serangan jantung. 

Kencing manis, kawalan berat badan dan gangguan metabolik : Anggur Muscadine boleh membantu mengawal kencing manis. Ia bertindak mengurangkan tahap glukosa darah, merendahkan trigliserida, mengurangkan kolestrol serta mencegah pembekuan darah. Ia juga mengawal gangguan metabolic yang boleh menyebabkan mengurangkan kepekaan insulin, melemahkan toleransi glukosa, menurunkan tahap HDL (Kolestrol baik). Gangguan metabolik pada umumnya menjejaskan orang untuk menikmati makanan berkalori tinggi. Oleh itu, kandungan reservatrol yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu merendahkan gangguan metabolic dan sebagainya. 

Pelanjutan Usia : Penyelidik-penyelidik percaya reservatrol membantu melanjutkan usia genetik. Daripada kajian yang dibuat menggunakan wain Muscadine, didapat 30% yang mengambil wain Muscadine mempunyai jangka hayat yang lebih panjang walaupun gaya hidup mereka tidak aktif. Dipercayai reservatrol melambatkan kesan-kesan penuaan dan memanjangkan hayat. 

Daya Ingatan : Anggur Muscadine kaya dengan kuersetin yang mana membantu dalam evolusi kognitif yang lebih baik serta fungsi otak dan merendahkan risiko demensia dan Alzheimer. 


Khasiat Elderberi Eropah (European Elderberry) 

Elderberi mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid. Ia membantu untuk mengurangkan bengkak,melawan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Kajian mendapati elderberi boleh menyembuhkan sakit seperti demam, selsema, sakit kepala, sakit tekak, keletihan dan kesakitan badan. Satu kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan elderberi, selsema dapat mengurangkan tempoh masa simptom selsema sebanyak 50%. Kajian makmal juga mendapati elderberi berkesan menentang influenza H1N1 dan selsema babi. Beberapa kajian mendapati elderberi juga boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis, merendahkan tahap kolestrol dan merawat HIV. 

Elderberi adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk pembuatan ubat-ubatan seperti selsema, influenza H1N1, HIV/AIDS dan meransang sistem imun. Ia digunakan untuk mengubati sakit sinus,sakit tulang belakang,sakit kaki (sciatica), sakit saraf (neuralgia) dan sindrom keletihan kronik (CFS). Sesetengah orang menggunakan elderberi untuk merawat demam alergi (allergic rhinitis), kanser, julap untuk sembelit, meningkatkan aliran air kencing dan menyebabkan berpeluh. Elderberi mampu menentang virus termasuklah selsema dan mengurangkan keradangan. 

Elderberi sememangnya berkhasiat tetapi kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik,SLE), arthritis rheumatoid(RA) adalah tidak digalakkan untuk mengambil Elderberi kerana ia menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. 


Khasiat Polygonum Cuspidatum 

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Hu Zhang, kojo-kon atau Japanese knotweed. Dalam perubatan cina zaman dahulu, akar dan ranting yang telah dikeringkan dijadikan ubat yang serbaguna. Sekarang, saintis telah menemui bahawa polygonum berupaya melawan kanser dan merawat sistem kardiovaskular juga. Sains telah menemui bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam Polygonum bertindak sebagai antimikrob, antioksidan dan antimutagen dalam kanser. Selain itu ia juga terbukti dapat menyembuhkan kulit yang terbakar, meningkatkan sistem imun dan fungsi jantung. Reservatrol ditemui di dalam Polygonum yang mana diketahui kebaikannya mengalakkan kesihatan jantung. 

Di dalam perubatan tradisional cina, Polygonum digunakan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan kepanasan dan membuang toksin. Akar kering dan batangnya telah digunakan untuk merawat kanser, menurunkan paras kolestrol serta mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, sakit-sakit sendi, kesakitan semasa haid, kudis-kudis dan kecederaan yang teruk. Ia juga dijadikan sebagai ubat sapu untuk merawat kulit dan sebagai krim untuk mengurut kerana mengandungi astringen dan ciri-ciri antimikrob yang terdapat di dalamnya. 

Secara umumnya Polygonum Cuspidatum tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.



  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Monday, December 3, 2012

Ingin Tampil Sihat,Bertenaga Dan Kelihatan Muda...?




Ketahui fakta tentang Vivix™

  • Produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Kanada.
  • Minuman kesihatan yang mengandungi khasiat anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum yang mampu membantu melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  • Hasil kajian membuktikan kandungan di dalam anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
  • Vivix mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA. Salah satunya akibat radikal bebas.Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekaligus mengurangkan sel penuaan.



  • Menurut kajian yang dijalan oleh University of The Basque Country, Vivix mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3000 gelas arak merah. Resveratrol bertindak sebagai antioksidan yang berupaya untuk membakar lemak-lemak di badan.
  • Apabila tubuh kita terdedah kepada penuaan,sel tubuh kita semakin kehilangan tenaga. Oleh itu, tubuh akan mengalami kesakitan dan daya ingatan semakin lemah. Amalan pemakanan Vivix mampu memperbaiki tenaga sel sekaligus membantu mengembalikan keremajaan.
  • Vivix merupakan tonik anti penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis dan gout.
  • Vivix sesuai diambil oleh mereka yang baru selesai menjalani rawatan kemoterapi, bagi mengembalikan sel tubuh kepada keadaan asal.
  • Bagi ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak,pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan kerana ia mengubah DNA.

    Testimoni 1

    Testimoni 2

    Testimoni 3

    Testimoni 4

    Testimoni 5

    Testimoni 6

    Testimoni 7

    Testimoni 8
    Masih tak percaya????

    Alami sendiri dan anda pasti akan teruja dengan hasilnya.

  • Jika anda berminat dengan Vivix atau sebarang produk Shaklee dan untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.

* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...