Friday, December 21, 2012

Peringatan Buat Ibu Hamil : Jangan Abaikan Penjagaan Diri


Pertambahan usia kandungan dan keadaan perut yang kian membesar akan menimbulkan rasa tidak selesa, sama ada dari aspek fizikal mahupun penampilan diri. Biarpun begitu, wanita hamil digalakkan agar tetap merawat dan menjaga kesihatan peribadi.
Walaupun sering berasa malas, ibu digesa untuk mengatasinya. Berikut adalah hal-hal yang perlu diambil berat dalam usaha merawat dan menjaga kesihatan peribadinya.
·        Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih cepat, tebal dan berkilat sehingga kelihatan seperti berminyak. Untuk mengatasinya, cucilah rambut sekurang-kurangnya 2 @ 3 kali seminggu.
·        Lakukan penjagaan gigi secara teratur. Ia penting bagi mengelakkan terjadinya jangkitan pada rongga mulut dan kemudiannya mudah tersebar ke organ lain. Buat pemeriksaan gigi secara berkala dan beritahu doktor bahawa anda sedang hamil.
·        Jagalah kebersihan kulit dengan baik. Gosok kulit secara perlahan-lahan ketika mandi untuk mengelakkannya daripada melecet. Kulit yang melecet sangat mudah dijangkiti kuman.
·        Jaga kebersihan payudara. Lakukanlah urutan sesuai berdasarkan kepada nasihat doctor atau bidan untuk menyediakan air susu ibu. Sokong payudara dengan coli yang lebih besar dan kemas.
·        Jaga kesihatan alat kelamin untuk mengelakkan jangkitan yang boleh membahayakan kandungan. Jika kemaluan dijangkiti  penyakit, sudah tentu ia membahayakan pertumbuhan dan perkembangan janin.
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberikan manfaat buat bakal ibu yang sudah pastinya sekarang ini tidak sabar-sabar lagi menunggu saat hendak menimang cahaya mata. Perasaan tertekan, penat, sakit dan sebagainya adalah pengorbanan kita sebagai seorang ibu. Dan dari situ juga kita belajar untuk lebih mengasihi dan menyayangi kedua orang tua kita yang telah terlebih dahulu melalui pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan kita.Sekiranya kita tidak pernah melalui semua ini,kita tidak akan menghargai apa yang telah orang tua kita lalui melainkan kita merasai pahitnya,barulah kita mengakui kemanisannya.Dan pengalaman menjadi seorang ibu,bukannya akan dirasakan oleh semua wanita di luar sana. Bersyukurlah kerana Allah memberikan kita peluang untuk merasai nikmatnya dan hargailah anugerah dan permata yang bakal kita lahirkan dengan memberikan kehidupan yang sempurna.
 
Pengalaman menjadi seorang ibu membuatkan saya amat memahami perasaan ibu-ibu di luar sana. Kehidupan tak pernah lari dari ujian dan dugaan. Banyakkan bersabar, sentiasa berdamping dengan Allah. InsyaAllah, Allah s.w.t akan sentiasa membantu kita.Berdoalah...kerana itu adalah kekuatan kita sebagai seorang ISLAM dan IBU.


  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...