Saturday, November 17, 2012

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN



Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.

Pantang Larang Selepas Bersalin
Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan sangat penting agar ibu dalam pantang tetap sihat dan ceria selepas bersalin.
dak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi, terutama jika kehamilan itu tidak dikehendaki.

Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.
Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.

Kebersihan Diri
· Amalkan mandi sekurang-kurangnya sehari
· Pakai pakaian bersih dan selesa yang ditukar setiap hari
· Tukar tuala wanita dengan kerap
· Pastikan luka pembedahan dan jahitan sentiasa bersih dan kering
Pemakanan
· Makan pelbagi jenis makanan berasaskan piramid makanan
· Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
· Banyakkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Penyusuan Susu Ibu
· Bersihkan payudara setiap hari
· Gunakan coli yang bersih dan selesa
· Susukan bayi dengan kerap mengikut permintaan
· Kurangkan atau elakkan penggunaan jamu jika bayi jaundis/kuning.
Rehat dan Senaman
  • Rehat secukupnya kerana badan anda lemah selepas kelahiran
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk mengurangkan berat badan. Caranya mudah iaitu dengan hanya berjalan 20 hingga 30 minit sehari dan boleh dimulakan dua minggu selepas bersalin
  • Senaman lain yang lebih lasak seperti berbasikal (statik atau bergerak) dan berenang hanya boleh dilakukan selepas enam bulan bersalin
  • Elakkan juga berdiri terlalu lama kerana kesan graviti menyumbang kepada masalah rahim jatuh
  • Wanita selepas bersalin juga kerap mengalami masalah sakit pinggang atau belakang yang kadangkala berlanjutan sepanjang hayat. Mengamalkan postur (posisi) badan baik ketika duduk atau bekerja juga dapat mengelakkan masalah sakit belakang
  • Selain itu, wanita berpantang juga diingatkan supaya tidak mengangkat benda berat. Benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi anda
Amalan Bahaya dan Pantang Larang
·         Elakkan amalan pantang larang bahaya seperti sekak dan salai.
Tanda-tanda Bahaya
·         Dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:
·         Demam panas
·         Pendarahan berlebihan dan berlarutan
·         Anemia
·         Sakit kepala/pening
·         Sesak nafas dan sakit dada
·         Meroyan
·         Sukar buang air kecil
·         Sakit dan keluar nanah dari luka bersalin atau pembedahan
Makanan Semasa Berpantang

Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang tidak boleh dijamah oleh ibu. Namun, makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.
Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya  mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.

Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.

Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.

Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegagar, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

· bidan kampung;
· pengasuh khusus;
· emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Untuk ibu-ibu yang bakal menjalani tempoh berpantang dan masih mencari-cari set bersalin yang sesuai,ini saya nak kongsikan set berpantang kami. Supplement yang saya nak perkenalkan ni adalah dalam bentuk vitamin.


Shaklee menawarkan rangkaian supplement yang setanding khasiatnyaa dengan jamu malah lebih baik dari jamu kerana supplement Shaklee adalah semulajadi dan lebih mudah diserap oleh badan.Oleh kerana itu,kesannya memang cepat dan terbaik.Jika anda kurang gemar bau-bau herba, Shaklee adalah pilihan terbaik anda. Malah tidak seperti jamu, Set Berpantang kami boleh terus diamalkan selepas bersalin dan tidak perlu dihentikan jika baby mengalami jaundice (kuning).
Apa yang terkandung di dalam Set Berpantang
·         Vita-lea (multivitamin)
·         Vita - C (Vitamin C)
·         B-Complex
·         Zink Complex
Apakah fungsi-fungsi setiap supplement kepada ibu berpantang
Vita-lea,Vita-C & B-Complex >> untuk mengembalikan kesihatan dan tenaga ibu selepas bersalin dan bantu melancarkan proses penyusuan
Zink >> mempercepatkan penyembuhan luka bersalin,kurangkan keguguran rambut yang biasa dialami oleh ibu bersalin.Khasiatnya sama seperti memakan ikan haruan kerana komponen utama Ikan Haruan adalah zink.
Untuk mengatasi masalah sembelit, anda juga boleh mengamalkan Ostematrix @ Alfalfa Complex. Bonusnya, Ostematrix dan Alfalfa Complex merupakan milk-booster untuk membantu melancarkan penyusuan dan mempercepatkan serta meningkatkan penghasilan susu badan.

Sesetengah orang memang tidak ambik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protien hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36ºC. Jadi apabila kita mengoreng dan memasak susah tentu suhu melebihi 36ºC. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat beserta dengan sesi perahan yang konsisten.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Testimoni 1

Testimoni 2
 
Dengan segala kelebihan dan khasiat-khasiat yang ada, tidak hairanlah kenapa ramai ibu mula memilih Set Berpantang kami. Selain mudah kerana semuanya di dalam bentuk pil,kesannya juga cepat dirasakan. Dengan setiap pembelian dari saya, akan disertakan dengan jadual pengambilan yang betul dan konsultasi percuma secara berterusan.

  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.

* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...