Tuesday, February 12, 2013

VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX


VIVIX - BOTANICAL BEVERAGE MIX

REVOLUSI TERBARU DARIPADA SHAKLEE


Minuman campuran botani Vivix™ merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan. 

NUTRITIONAL FACTS
Serving Size : 1 Teaspoon (5ml)
Serving Per Container : 30

Per 100 g
Per Serving
Energy
252 kcal
15kcal
Carbohydrate
67 g
4 g
Total Sugar
2 g
0.1 g
Protein
0.3 g
0.02 g



Botanical Blend 1390 mg
(Polygonum Cuspidatum Extract, Muscadine grape Extract, European Elderberry Extract and Purple Carrot Extract)


Khasiat Lobak Ungu (Purple Carrot) 

Lobak ungu mengandungi anti-oksidan, anticarcinogens dan beta-carotenes yang lebih tinggi daripada lobak merah. Kandungan anticarcinogens yang terdapat pada lobak ungu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan badan untuk melawan wabak penyakit. Kajian mendapati kandungan anticarcinogens yang terdapat dalam lobak ungu mampu merawat kanser kerongkong, hati, perut, prostat dan ginjal. Pengambilan lobak merah yang banyak boleh melindungi anda dari jangkitan dan kesan alergi. Kandungan Vitamin A yang banyak di dalam nya membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran arteri tersumbat dan terkena strok. Vitamin B, C, E dan Calcium pectate dan serat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Khasiat lobak ungu bukan setakat itu sahaja. Ia juga menyerlahkan kecantikan luaran. Kandungan nutrient dalam lobak ungu didapati dapat menyuburkan rambut, kuku dan kulit. Bagi ibu yang menyusukan anak pengambilan lobak ungu boleh meningkatkan kualiti susu ibu. Lobak ungu kaya dengan sumber kalsium yang mana ia mudah dihadam oleh tubuh kita. Zaman dahulu, akar lobak ungu digunakan untuk mengubati pelbagai masalah sembelit dan penghadaman yang bermasalah. Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland membuktikan dengan pengambilan lobak ungu yang kerap dapat merendahkan tekanan darah, menstabilkan kandungan gula dalam badan serta memberikan perlindungan pada tubuh terhadap serangan jantung dan penakit hati. 


Khasiat Anggur Muscadine (Muscadine Grape) 

Anggur Muscadine adalah buahan tempatan yang boleh didapati di Selatan Timur Amerika Syarikat yang mana ia boleh dikatakan sebagai anggur yang paling berkhasiat berbanding anggur jenis lain. Kandungan antioksidan yang tinggi pada kulit anggur muscadine berperanan merosakkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel badan menjadi rosak dan ini mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, kandungan antioksidan di dalam anggur membantu melambatkan proses penuaan serta meningkatkan sistem imun badan. Disamping itu kehadiran resveratrol pada kulit anggur muscadine bertindak sebagai anti-kulat. Dari hasil kajian mendapati terdapat tambahan kromosom pada anggur muscadine yang tidak ditemui pada anggur lain. Kromosom ini menghasilkan asid elergik yang mana ia berkesan untuk mencegah pelbagai jenis kanser. Anggur muscadine kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan mangan di dalamnya memudahkan pembentukan tisu-tisu penghubung dalam badan. 

Pencegah Kanser : Menurut kajian yang dijalankan oleh Strange Cancer Prevention Centre di New York mengesahkan kandungan reservatrol yang terdapat di dalam anggur muscadine berperanan menghalang pertumbuhan COX, sejenis sebatian yang menyebabkan kanser payudara dan kanser jenis lain. Reservatrol menghalang pertumbuhan tumor dalam 3 peringkat iaitu, permulaan, pertengahan dan perkembangan. Warna ungu pada kulit anggur muscadine adalah disebabkan anthocyanins. Anthocyanins ini mengandungi antioksidan yang kuat dan telah di uji positif terhadap kesan anti-tumor. Dalam beberapa ujian yang dijalankan, anthocyanins di sahkan menghalang sintesis DNA dalam sel-sel tumor, pertumbuhan salur darah dalam tumor dan mengawal pertumbuhan enzim yang bertanggungjawab penyebaran sel tumor. Dengan kehadiran Asid elergik yang terdapat di dalam anggur muscadine pesakit kanser tidak perlukan kimoterapi. 

Penjagaan Kulit : Kulit yang cantik datangnya dari penjagaan yang sesuai. Kehadiran antioksidan yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu dalam mengawal kesan-kesan yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan pertambahan usia, keupayaan tubuh untuk menghasilkan antioksidan semakin berkurangan dan kulit menjadi semakin tidak bermaya dan rosak. Kerosakan pada mikro kapilari dan kolagen menyebabkan kulit berkedut. Antioksidan membantu menguatkan dinding kapilari. Kehadiran Cosmeceuticals dan nutraceuticals membantu memelihara kulit yang bersih dan sihat. 

Penjagaan Jantung : Anggur Muscadine kaya dengan flavonoids dan reserveratrol yang membantu untuk kesihatan jantung dan merendahkan risiko serangan jantung. 

Kencing manis, kawalan berat badan dan gangguan metabolik : Anggur Muscadine boleh membantu mengawal kencing manis. Ia bertindak mengurangkan tahap glukosa darah, merendahkan trigliserida, mengurangkan kolestrol serta mencegah pembekuan darah. Ia juga mengawal gangguan metabolic yang boleh menyebabkan mengurangkan kepekaan insulin, melemahkan toleransi glukosa, menurunkan tahap HDL (Kolestrol baik). Gangguan metabolik pada umumnya menjejaskan orang untuk menikmati makanan berkalori tinggi. Oleh itu, kandungan reservatrol yang tinggi di dalam anggur muscadine membantu merendahkan gangguan metabolic dan sebagainya. 

Pelanjutan Usia : Penyelidik-penyelidik percaya reservatrol membantu melanjutkan usia genetik. Daripada kajian yang dibuat menggunakan wain Muscadine, didapat 30% yang mengambil wain Muscadine mempunyai jangka hayat yang lebih panjang walaupun gaya hidup mereka tidak aktif. Dipercayai reservatrol melambatkan kesan-kesan penuaan dan memanjangkan hayat. 

Daya Ingatan : Anggur Muscadine kaya dengan kuersetin yang mana membantu dalam evolusi kognitif yang lebih baik serta fungsi otak dan merendahkan risiko demensia dan Alzheimer. 


Khasiat Elderberi Eropah (European Elderberry) 

Elderberi mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid. Ia membantu untuk mengurangkan bengkak,melawan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Kajian mendapati elderberi boleh menyembuhkan sakit seperti demam, selsema, sakit kepala, sakit tekak, keletihan dan kesakitan badan. Satu kajian yang telah dijalankan mendapati dengan pengambilan elderberi, selsema dapat mengurangkan tempoh masa simptom selsema sebanyak 50%. Kajian makmal juga mendapati elderberi berkesan menentang influenza H1N1 dan selsema babi. Beberapa kajian mendapati elderberi juga boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis, merendahkan tahap kolestrol dan merawat HIV. 

Elderberi adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk pembuatan ubat-ubatan seperti selsema, influenza H1N1, HIV/AIDS dan meransang sistem imun. Ia digunakan untuk mengubati sakit sinus,sakit tulang belakang,sakit kaki (sciatica), sakit saraf (neuralgia) dan sindrom keletihan kronik (CFS). Sesetengah orang menggunakan elderberi untuk merawat demam alergi (allergic rhinitis), kanser, julap untuk sembelit, meningkatkan aliran air kencing dan menyebabkan berpeluh. Elderberi mampu menentang virus termasuklah selsema dan mengurangkan keradangan. 

Elderberi sememangnya berkhasiat tetapi kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik,SLE), arthritis rheumatoid(RA) adalah tidak digalakkan untuk mengambil Elderberi kerana ia menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. 


Khasiat Polygonum Cuspidatum 

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Hu Zhang, kojo-kon atau Japanese knotweed. Dalam perubatan cina zaman dahulu, akar dan ranting yang telah dikeringkan dijadikan ubat yang serbaguna. Sekarang, saintis telah menemui bahawa polygonum berupaya melawan kanser dan merawat sistem kardiovaskular juga. Sains telah menemui bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam Polygonum bertindak sebagai antimikrob, antioksidan dan antimutagen dalam kanser. Selain itu ia juga terbukti dapat menyembuhkan kulit yang terbakar, meningkatkan sistem imun dan fungsi jantung. Reservatrol ditemui di dalam Polygonum yang mana diketahui kebaikannya mengalakkan kesihatan jantung. 

Di dalam perubatan tradisional cina, Polygonum digunakan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan kepanasan dan membuang toksin. Akar kering dan batangnya telah digunakan untuk merawat kanser, menurunkan paras kolestrol serta mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, sakit-sakit sendi, kesakitan semasa haid, kudis-kudis dan kecederaan yang teruk. Ia juga dijadikan sebagai ubat sapu untuk merawat kulit dan sebagai krim untuk mengurut kerana mengandungi astringen dan ciri-ciri antimikrob yang terdapat di dalamnya. 

Secara umumnya Polygonum Cuspidatum tidak boleh diambil oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.



  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...