Sunday, December 16, 2012

Pemakanan Ibu Mengandung


Pola pemakanan ibu mengandung amat penting untuk diamalkan dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh kehamilan. Ibu mesti menyediakan zat makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan anak disamping keperluannya sendiri.
Ketika hamil ibu mestilah menyediakan zat makanan yang cukup untuk pertumbuhan anak dan keperluan dirinya sendiri. Tetapi ini tidak bermakna bahawa dia perlu “makan untuk 2 orang” seperti yang biasa kita dengar dan dijadikan alasan untuk makan lebih banyak daripada biasa. Ibu perlu sedar bahawa berat badan berlebihan ketika hamil sangat sukar untuk diturunkan. Ini bermakna ibu harus memahami apa yang dimakan dan apakah kesannya.
*      Ibu perlu memahami konsep kalori dan kelas makanan secara ringkas serta kenapa ibu perlu makan lebih kalori.Kalori bermaksud jumlah tenaga dalam makanan. Secara amnya, ibu yang mengandung juga memerlukan banyak tenaga dan wajar 30% lebih kalori dari kebiasaannya. Makanan boleh dikategorikan kepada :
Makan pemberi tenaga : Karbohidrat dan lemak
Makanan pembina tubuh : Serat
Makanan mengelakkan penyakit : vitamin dan garam mineral
*      Mengidam @ secara saintifiknya ‘pica’ terjadi disebabkan oleh permintaan tubuh terhadap zat makanan yang dirasakan kurang. Misalnya, ibu yang suka makanan masam, bermakna tubuhnya kekurangan Vitamin C. Sementara ibu yang gemar makanan manis pula member petunjuk yang tubuhnya mengalami kekurangan sodium/garam. Tetapi jangan pula mengidam disamakan dengan nafsu makan. Perlu ingat, jika makan berlebihan mengikut nafsu, takut timbul masalah kegemukan pula.
*      Saranan pemakanan kepada ibu hamil.
Ibu hamil perlu mengambil lebih banyak vitamin dan mineral. Sekiranya pada awal kehamilan ibu mengalami muntah yang teruk, usah dibiarkan badan menjadi kurus melidi akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Ia hanya akan menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Biasanya di wad, doctor akan menyalurkan zat makanan dan air secara terus ke dalam darah melalui saluran intravena.

Terdapat juga pil-pil yang mudah di telan. Ia dilihat dapat memenuhi keperluan ibu-ibu yang tidak gemar minum susu atau tidak berselera untuk makan makanan yang berzat seperti sayuran dan buah-buahan. Perlu diketahui bahawa struktur tubuh bayi terutamanya komposit binaan gigi terbentuk sewaktu dalam kandungan. Jika ibu tidak mempunyai kalsium semasa mengandung, komposit gigi anak tidak terbentuk dengan sempurna dan boleh menyebabkan gigi anak cepat rosak serta tidak kuat apabila dewasa.
Wajarkah ibu mengandung dan menyusukan sekaligus?
Tidak wajar bagi ibu yang mengandung menyusukan anak. Proses menyusu merupakan satu estresi kepada tubuh ibu, begitu juga dengan kehamilan. Tubuh tidak dapat menampung 2 stress dalam satu tempoh yang sama. Ibu akan berasa letih, lemah, lesu dan tidak bermaya. Jadi ibu dinasihatkan agar menghentikan penyusuan semasa mengandung.
Masalah gastric, sembelit, buasir dan lain-lain yang berkaitan dengan pemakanan ibu.
Gastrik, sembelit dan buasir merupakan masalah kesihatan yang sering dikaitkan dengan pemakanan ibu. Gastrik berlaku kerana hormone mengandung (progrestron) meningkatkan aktiviti kelenjar gastric. Akibatnya, kadar jus gastric (asid) bertambah di dalam perut. Ini menyebabkan perut tidak selesa, kerap sendawa dan rasa pedih ulu hati. Namun gastrik boleh diatasi dengan pengambilan Antasid sama ada pil atau cecair. Antasid merupakan cecair alkali yang meneutralkan asid dalam perut. Ibu juga boleh diberikan dengan Zantac, ubat yang bertindak ke atas kelenjar gastric dengan menghentikan atau mengurangkan pengeluaran jus gastric.
Hormon ini turut melambatkan pergerakan usus yang menimbulkan masalah sembelit. Ibu yang mengambil zat besi juga boleh mengalami sembelit. Tetapi sembelit boleh diatasi melalui pengambilan serat dan air yang banyak. Elakkan meneran kerana tindakan itu boleh mengakibatkan masalah buasir. Sekiranya sakit pada usus atau berdarah semasa membuang air besar, dapatkan nasihat doctor kerana dikhuatiri masalah itu akan menjadi lebih teruk semasa bersalin nanti.
Tips Pemakanan : Variasikan makanan setiap hari. Amalkan pemakanan secara sihat dan mengikut pola pemakanan bagi ibu mengandung. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit serta pengambilan air yang secukupnya, minimum 3 liter air sehari.Pengambilan supplement adalah alternatif terbaik bagi ibu yang dalam tempoh kehamilan. Pengambilan supplement dapat membantu ibu yang sukar mengamalkan diet seimbang akibat kesibukan menguruskan rumahtangga,menguruskan suami dan anak-anak. Bagi yang tidak suka makan banyak jenis pil, anda boleh cuba Hot Produk kami iaitu ESP dan Set Kehamilan.
 
Jemput lihat testimoni ibu yang telah mencuba.
Testimoni ESP
 Testimoni ESP
Testimoni Set Kehamilan
Testimoni Set Kehamilan

ESP memang Hot Produk kami, terutama buat ibu yang menyusukan anak,ibu yang mengandung yang perlukan tenaga serta untuk kesihatan badan dan wanita yang inginkan kulit yang sihat,cantik dan berseri.
Selain daripada khasiat di atas, ESP juga membekalkan tenaga berjam lamanya,menyokong tumbesaran fetus,membekalkan kalsium yang sememangnya amat diperlukan oleh ibu mengandung.


  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...