Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina. Almaklumlah Malaysia ni kan berbilang bangsa, agama dan budaya. Tahun baru, impian baru, semangat baru dan segala-galanya penuh dengan inspirasi yang baru...Jadi apa matlamat Tahun Baru anda...?
Untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam hidup sudah semestinya kita memerlukan tubuh badan yang sihat dan bertenaga, bukan diri sendiri sahaja malah keseluruhan keluarga yang tersayang. Memiliki dan mengekalkan tubuh badan yang sihat adalah Anugerah Allah s.w.t. yang tiada tolak bandingnya. Bersyukurlah kepada Nya dengan sentiasa berzikir dan mengingati Nya. InsyaAllah, Allah akan memberi berlipat ganda nikmat Nya kepada hamba yang hati nya sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Dengan faktor dan gaya pemakanan sekarang, sukar untuk kita pastikan adakah kita telah mengambil secukupnya nutrient yang diperlukan oleh badan. Penggunaan bahan kimia pada tumbuhan, makanan segera, cara masakan yang berminyak dan suhu yang panas ketika memasak telah menghilangkan banyak khasiat dari makanan yang kita ambil seharian. Hasilnya kita hanya kenyang tetapi nutrient yang sepatutnya kita dapat hanya sedikit sahaja. Sedangkan tubuh badan kita amat memerlukan nutrient untuk memberikan tenaga dan menyegarkan kita agar kita sentiasa sihat dan tidak tua sebelum sampai masanya.
Kita rakyat Malaysia ni kalau bab makan memang takde pantangnya. Kalau boleh semua kita nak cuba selagi halal dan boleh di makan. Bila tiba musim perayaan, masa tu lah kita akan makan sepuas-puasnya hingga terlupa diet. Almaklum ajelah kalau bau masakan dah menusuk dan membuka selera, segalanya nampak sedap dan hendak di makan...termasuklah saya...hehe...Saya mengaku yang saya memang kuat makan. Tapi saya akan pastikan saya mengambil supplement yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan badan yang sihat. Alhamdulillah, dengan pengambilan Vitamin Shaklee secara konsisten saya kekal sihat.
Sesetengah orang fikir yang Vitamin Shaklee ni hanya untuk orang perempuan sahaja. Ishhhh...salah tu...bukan orang perempuan jer yang kena jaga kesihatan tetapi orang lelaki pun kena jaga juga. Terutamanya orang lelaki ni ketua keluarga yang mencari rezeki buat keluarga. Vitamin sebenarnya boleh di ambil oleh segenap umur baik lelaki, perempuan, ibu dan ayah kita serta anak-anak. Tak caya...??? Tanyalah pakar-pakar nutrisi.
Vitamin ni bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Kenapa saya kata macam tu??? Bila kita mendapat nutrisi yang secukupnya, tubuh badan akan sihat. Kesihatan yang datang dari dalam ini akan membuatkan kulit kita semakin cantik, wajah berseri-seri, hati pun senang dan gembira. Rumahtangga yang suami isteri serta anak-anaknya sihat akan lebih ceria dan bahagia. Bukan ke itu idaman setiap orang...
Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah berkenaan keperluan 4 nutrien yang perlu kita ambil dalam diet seharian untuk mengembalikan kesihatan badan.
Kandungan protein dalam soya lebih banyak daripada kandungan protein di dalam sayuran lain dan ia merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Antara khasiat protein soya termasuklah kulit berseri dan anjal, kulit kepala dan rambut yang sihat, kuku yang kuat dan tidak rapuh, kesihatan jantung, mengekalkan kulit muda, mengurangkan kolestrol dan osteoporosis serta penyakit jantung, memulihkan fungsi prostat lelaki, menguatkan ingatan serta kecergasan dan keupayaan seksual. Hasil kajian membuktikan yang kacang soya juga kaya dengan isoflavones yang mana isoflavones ini sesuai untuk semua peringkat usia terutamanya kepada wanita yang mementingkan kesihatan tulang dan mengalami simptom menopause.
ESP adalah produk Shaklee yang berasaskan pada kacang soya Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik), mengandungi 22 jenis asid amino dan ia mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Rendah lemak dan tiada kolestrol. Ia terbukti secara klinikal mampu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Pengambilan ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal, membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat.
Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
Kandungan makanan sekarang tidak mengandungi khasiat seperti dahulu berikutan penggunaan bahan kimia dalam pertanian, produk makanan segera, kaedah dan cara memasak. Tubuh badan kita yang sentiasa bekerja setiap hari perlukan nutrient yang banyak dan pelbagai. Oleh itu amat digalakkan untuk mengambil multivitamin di dalam diet harian untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.
Vita-Lea Iron Formula Shaklee adalah makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.Ia di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan orang dewasa. Manakala Vita-Lea for Children Chewable mengandungi 19 vitamin dan mineral penting bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat serta baik untuk tumbesaran.
B Complex
Tekanan hidup, alcohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.
B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.
Chewable Vita-C Plus
Vitamin C adalah vitamin anti-oksidan dan ia tidak disimpan di dalam badan. Ia membantu pertumbuhan sel serta tisu yang sihat dan menguatkan sistem imun dalam badan. Fakta kajian membuktikan bahawa dengan menghisap Vitamin C dalam kuantiti yang kecil beberapa kali sehari memberikan penyerapan yang lebih baik.
Chewable Vita-C Plus Shaklee adalah vitamin yang telah ditambah baik kandungannya. Ia membekalkan 100 mg Vitamin C beserta bioflavonoids dan rose hips untuk membantu meningkatkan fungsi Vitamin C dan mengelakkan oksidasi Vitamin C. Dengan rasa sitrus yang hebat, ia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar menelan tablet.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya amat berpuas hati dengan Vitamin Shaklee. Malah saya berkongsi kebaikannya dengan keluarga kerana saya ingin mereka juga sihat. Terutamanya kedua ibu bapa serta adik-adik yang masih belajar.
Disamping pengambilan supplement, untuk mengekalkan badan yang sihat, kita digalakkan untuk melakukan senaman. Senaman bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi turut membantu mengurangkan risiko serangan jantung, diabetis (kencing manis), tekanan darah tinggi dan juga kanser.
Akhir kata dari saya,ambillah makanan yang berkhasiat. Keluarga yang sihat akan memancarkan kebahagiaan serta keceriaan dan impian setiap insan.
- Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment