Monday, October 14, 2013

Tips Asas Untuk Tambah Susu bersama Shaklee.......


Saya tau ada di kalangan kawan-kawan yang telah mengambil Set B SHAKLEE tapi masih tidak mendapat hasil yang diharap-harapkan...Sabar ye kawan-kawan..Rezeki tu tak datang bergolek begitu sahaja...Meh kita check tip-tip asas untuk tambah susu....Ingin saya ingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri jugak, supplement itu adalah salah satu usaha untuk menambah susu..Bukannya faktor utama susu jadi banyak yer...Salah Satu yer kawan-kawan...Kalau dah consume Set B, jangan lupa lakukan lakukan tips-tips asas di bawah :)

Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten


    Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.

    Satu lagi, pastikan Breast sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.

    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?

    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari Breast akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
Minum banyak air


    Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. Boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. 
    Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.

    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. Minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh. 
Doa
    Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Doa Amalan Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak


Ataupun boleh amalkan zikir Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali sehari. Waktu paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan tersebut.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya untuk konsultasi. Inn Syaa Allah saya akan cuba membantu.
  • SMS/Call/Whatsapp/Viber/Line : 014 6928253 / 019 6654409
  • Add Friend & PM : Nordiana Jamil


    Fast Delivery & Konsultasi Percuma Untuk Pelanggan Saya Sahaja 
    HARGA ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty


    * Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...