Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

ANEMIA..... HB Rendah Semasa Hamil

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.
Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan.. Minggu depan nak gi check up lagi. Risau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.

Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

 Punca kurang darah
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

 Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah: 
- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar 

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.

Kesan bila dipandang remeh:
- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
  
Cara Atasi
- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati,   
  kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan 

Apa yang SHAKLEE ada untuk Mencegah Anemia  
  • Vita-lea Iron Formula -Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi
  • B Complex (lengkap dgn asid folik) - Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu dlm penghasilan sel darah merah
  • Vita C 500mg sustained Release - Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih efisien

Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Tuesday, February 12, 2013

B-Complex

B-Complex

MAL 07010988XC

Vitamin B Penting Untuk Kesihatan

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alcohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi penting tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik. 

Pilihan Vitamin B Yang Tepat 

Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. 

Perbezaan Shaklee 

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif 

B-Complex mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanitaterbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Nutrition Facts
120 tablets / 60 servings
Each tablet provides :
Amount Per Tablet
Vitamin B1 – Thiamin (as Thiamin Mononitrate)
10.12 mg
Vitamin B2 – Riboflavin
11.47 mg
Vitamin B3 – Niacin ( as Niacinamide)
135 mg
Vitamin B6 – (as Pyridoxine Hydrochloride)
13.5 mg
Fotate ( as Folic Acid)
200 mcg
Vitamin B12 (as Cyanocobalamin)
40.5 mcg
Biotin (as d-Biotin)
150 mcg
Pantothenic Acid (as d-Calcium Pantothenate)
67.5 mg




Khasiat dan keberkesanan pengambilan Vitamin B :
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan tidur 
  • Mencegah dari terkena stroke 
  • Meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan 
  • Membantu merendahkan paras homosistena pada pesakit ginjal yang teruk, pesakit jantung dan juga strok 
  • Mengurangkan risiko kecacatan pada bayi jika diambil oleh ibu mengandung 
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser kolon 
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara 
  • Mengurangkan stress dan tekanan 
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit mata 
  • Mengurangkan tahap kolestrol 
  • Membantu pergerakan sendi dan mengurangkan sakit serta bengkak (keradangan) bagi pesakit Osteoartritis 
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer 
  • Cirit birit yang disebabkan oleh kolera 
  • Diabetis tahap 1 dan 2 
  • Pencegahan dan rawatan penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata 
  • Pencegahan dan rawatan pada kulit akibat dari terapi radiasi 
  • Membantu Ibu hamil yang menghadapi perut bermasalah dan muntah semasa kehamilan 
  • Membantu mengurangkan sakit pada payudara ketika datang haid (PMS) 
  • Mengurangkan risiko penyakit batu karang 
  • Mengurangkan risiko kanser paru-paru pada perokok 
  • Mencegah migrain. Pengambilan Vitamin B dapat mengurangkan kekerapan sakit kepala akibat migrain 
 Testimoni Pengguna B-Complex

  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Monday, February 11, 2013

PERMULAAN YANG SIHAT UNTUK TAHUN BARU


PERMULAAN YANG SIHAT UNTUK TAHUN BARU 

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina. Almaklumlah Malaysia ni kan berbilang bangsa, agama dan budaya. Tahun baru, impian baru, semangat baru dan segala-galanya penuh dengan inspirasi yang baru...Jadi apa matlamat Tahun Baru anda...? 

Untuk mencapai matlamat dan kejayaan dalam hidup sudah semestinya kita memerlukan tubuh badan yang sihat dan bertenaga, bukan diri sendiri sahaja malah keseluruhan keluarga yang tersayang. Memiliki dan mengekalkan tubuh badan yang sihat adalah Anugerah Allah s.w.t. yang tiada tolak bandingnya. Bersyukurlah kepada Nya dengan sentiasa berzikir dan mengingati Nya. InsyaAllah, Allah akan memberi berlipat ganda nikmat Nya kepada hamba yang hati nya sentiasa berzikir dan mengingati Allah. 

Dengan faktor dan gaya pemakanan sekarang, sukar untuk kita pastikan adakah kita telah mengambil secukupnya nutrient yang diperlukan oleh badan. Penggunaan bahan kimia pada tumbuhan, makanan segera, cara masakan yang berminyak dan suhu yang panas ketika memasak telah menghilangkan banyak khasiat dari makanan yang kita ambil seharian. Hasilnya kita hanya kenyang tetapi nutrient yang sepatutnya kita dapat hanya sedikit sahaja. Sedangkan tubuh badan kita amat memerlukan nutrient untuk memberikan tenaga dan menyegarkan kita agar kita sentiasa sihat dan tidak tua sebelum sampai masanya. 

Kita rakyat Malaysia ni kalau bab makan memang takde pantangnya. Kalau boleh semua kita nak cuba selagi halal dan boleh di makan. Bila tiba musim perayaan, masa tu lah kita akan makan sepuas-puasnya hingga terlupa diet. Almaklum ajelah kalau bau masakan dah menusuk dan membuka selera, segalanya nampak sedap dan hendak di makan...termasuklah saya...hehe...Saya mengaku yang saya memang kuat makan. Tapi saya akan pastikan saya mengambil supplement yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan badan yang sihat. Alhamdulillah, dengan pengambilan Vitamin Shaklee secara konsisten saya kekal sihat. 

Sesetengah orang fikir yang Vitamin Shaklee ni hanya untuk orang perempuan sahaja. Ishhhh...salah tu...bukan orang perempuan jer yang kena jaga kesihatan tetapi orang lelaki pun kena jaga juga. Terutamanya orang lelaki ni ketua keluarga yang mencari rezeki buat keluarga. Vitamin sebenarnya boleh di ambil oleh segenap umur baik lelaki, perempuan, ibu dan ayah kita serta anak-anak. Tak caya...??? Tanyalah pakar-pakar nutrisi. 

Vitamin ni bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Kenapa saya kata macam tu??? Bila kita mendapat nutrisi yang secukupnya, tubuh badan akan sihat. Kesihatan yang datang dari dalam ini akan membuatkan kulit kita semakin cantik, wajah berseri-seri, hati pun senang dan gembira. Rumahtangga yang suami isteri serta anak-anaknya sihat akan lebih ceria dan bahagia. Bukan ke itu idaman setiap orang... 

Apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah berkenaan keperluan 4 nutrien yang perlu kita ambil dalam diet seharian untuk mengembalikan kesihatan badan. 

Energizing Soy Protein (ESP)
Kandungan protein dalam soya lebih banyak daripada kandungan protein di dalam sayuran lain dan ia merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Antara khasiat protein soya termasuklah kulit berseri dan anjal, kulit kepala dan rambut yang sihat, kuku yang kuat dan tidak rapuh, kesihatan jantung, mengekalkan kulit muda, mengurangkan kolestrol dan osteoporosis serta penyakit jantung, memulihkan fungsi prostat lelaki, menguatkan ingatan serta kecergasan dan keupayaan seksual. Hasil kajian membuktikan yang kacang soya juga kaya dengan isoflavones yang mana isoflavones ini sesuai untuk semua peringkat usia terutamanya kepada wanita yang mementingkan kesihatan tulang dan mengalami simptom menopause. 

ESP adalah produk Shaklee yang berasaskan pada kacang soya Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik), mengandungi 22 jenis asid amino dan ia mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Rendah lemak dan tiada kolestrol. Ia terbukti secara klinikal mampu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Pengambilan ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal, membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat. 

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin) 
Kandungan makanan sekarang tidak mengandungi khasiat seperti dahulu berikutan penggunaan bahan kimia dalam pertanian, produk makanan segera, kaedah dan cara memasak. Tubuh badan kita yang sentiasa bekerja setiap hari perlukan nutrient yang banyak dan pelbagai. Oleh itu amat digalakkan untuk mengambil multivitamin di dalam diet harian untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. 

Vita-Lea Iron Formula Shaklee adalah makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.Ia di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan orang dewasa. Manakala Vita-Lea for Children Chewable mengandungi 19 vitamin dan mineral penting bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat serta baik untuk tumbesaran. 

B Complex 
Tekanan hidup, alcohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik. 

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. 

Chewable Vita-C Plus 
Vitamin C adalah vitamin anti-oksidan dan ia tidak disimpan di dalam badan. Ia membantu pertumbuhan sel serta tisu yang sihat dan menguatkan sistem imun dalam badan. Fakta kajian membuktikan bahawa dengan menghisap Vitamin C dalam kuantiti yang kecil beberapa kali sehari memberikan penyerapan yang lebih baik. 

Chewable Vita-C Plus Shaklee adalah vitamin yang telah ditambah baik kandungannya. Ia membekalkan 100 mg Vitamin C beserta bioflavonoids dan rose hips untuk membantu meningkatkan fungsi Vitamin C dan mengelakkan oksidasi Vitamin C. Dengan rasa sitrus yang hebat, ia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar menelan tablet. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya amat berpuas hati dengan Vitamin Shaklee. Malah saya berkongsi kebaikannya dengan keluarga kerana saya ingin mereka juga sihat. Terutamanya kedua ibu bapa serta adik-adik yang masih belajar. 

Disamping pengambilan supplement, untuk mengekalkan badan yang sihat, kita digalakkan untuk melakukan senaman. Senaman bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi turut membantu mengurangkan risiko serangan jantung, diabetis (kencing manis), tekanan darah tinggi dan juga kanser. 

Akhir kata dari saya,ambillah makanan yang berkhasiat. Keluarga yang sihat akan memancarkan kebahagiaan serta keceriaan dan impian setiap insan.



  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...