Sunday, December 30, 2012

Vaginitis Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang


Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi masalah sakit puan iaitu Vaginatis yang boleh dikatakan dihadapi oleh ramai wanita di luar sana. Ramai yang ambil ringan dengan masalah kemaluan dan lagi ramai yang tidak tahu risiko jika penyakit ini di biarkan. Nasihat saya,sayangilah diri sendiri,jika bukan kita yang menyayangi diri kita,belum tentu orang lain akan ambil berat tentang kita.Kesihatan adalah anugerah Allah s.w.t yang tak ternilai dan bila kita sebagai ibu, isteri dan wanita sihat, maka keseluruhan orang disekeliling kita juga akan merasai kebahagiaannya kerana wanita nadi pada anak-anak,suami, keluarga dan negara.
 
Berbalik pada topik asal,jom kita lihat apa itu Vaginatis....
 
Apakah itu Vaginitis?
 
Vaginitis adalah jangkitan atau radang pada faraj yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu disebabkan jangkitan dan bukan jangkitan. Jangkitan ini sering terjadi pada wanita yang mengidap diabetes, mengandung atau mengambil antibiotic. Perubahan hormone sepanjang kehamilan dan menopaus turut menimbulkan masalah keradangan pada vagina.
 
Tanda-tanda vaginitis
  • Cairan vagina berubah menjadi lebih kental, keputihan yang bertukar menjadi kehijauan dan mengeluarkan bau busuk.
  • Vagina vulva terasa gatal dan panas seperti terbakar.
  • Rasa perit ketika membuang air kecil dan juga ketika melakukan hubungan seksual.
  • Panas pada pangkal paha.
  • Saluran vagina membengkak.
Kesan pada wanita hamil
  • Kematian bayi
  • Berhadapan risiko kelahiran pramatang sehingga 40%
  • Berat bayi lebih rendah daripada normal
  • Risiko kematian bayi pramatang pada bulan-bulan pertama adalah 40 kali lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.
  • Bayi pramatang berkemungkinan besar mengalami kecacatan mental, kesukaran belajar dan buta.
Tip mudah cegah vaginitis
  • Ganti pakaian dengan kerap terutamanya pakaian dalam. Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Elakkan memakai seluar dalam daripada material nilon kerana ini boleh meransang pembiakan bacteria.
  • Jangan pakai seluar panjang yang terlalu ketat yang menimbulkan rasa panas dan lembap.
  • Jagalah kebersihan alat sulit. Cuci vagina sebelum dan selepas hubungan intim.
  • Untuk mencegah pembiakan bacteria, pastikan bahagian luar vagina (vulva) kering dan dicuci setiap hari.
  • Pengambilan makanan yang seimbang amat penting. Kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan gula dan tepungnya.
  • Obesiti juga dapat meningkatkan jangkitan vaginitis kerana kegemukan membuatkan kedua-dua belah peha tertutup rapat. Jadi kawasan sekeliling vagina menjadi lembap dan menghalang pengaliran udara.
  • Pastikan cukup rehat dan kawal diri agar tidak stress.
Jika ada antara kita yang megalami tanda-tanda seperti diatas janganlah segan silu. Pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat. Bagi yang belum terkena,cegah lah sebelum dijangkiti. Amalkan pemakanan yang sihat demi menjamin kesihatan yang berterusan...
 
Isteri yang sihat,bahagia suaminya...rukun rumahtangganya...
 
Ibu yang sihat,anak-anak ceria...kejayaan miliknya...
 
Wanita yang sihat,produktif sentiasa...fokus kerjaya...


  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...