Memberikan urutan dan sentuhan ke dalam rutin harian bayi sebenarnya memberikan hadiah terbaik kepadanya. Bayi kita akan berasa selamat dan penuh yakin dalam hubungan nya bersama kita. Hubungan mesra dan penuh kasih sayang ini memberikan semangat dan meransang tahap kesihatan kebahagiaan dan ketenangan bayi. Sudah pasti sebagai ibu bapa kita mengimpikan hubungan mesra antara kita dengan anak-anak berkekalan sepanjang masa. Apabila kita mempraktikkan urutan bayi ke dalam kehidupan harian, kita sebenarnya sedang mencipta lebih banyak peluang hubungan akrab bersama anak-anak untuk masa depan.
Urutan Bayi :
- Membenarkan bayi kita belajar tentang dirinya dan hubungannya dengan orang lain.
- Merendahkan hormon tekanan,meningkatkan sistem imun bayi kita yang memberikan kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.
- Membantu bayi kita merasakan dirinya dalam keadaan selamat, dalam kawalan dan keboleh ramalan, dan menyemarakkan lagi suasana penuh kasih sayang.
- Mewujudkan masa istimewa khas buat bayi,supaya dia menerima perhatian yang secukupnya dan sentiasa disentuh dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.
- Memberikan kita peluang melibatkan diri secara fizikal bersama dengannya sambil menenangkannya dan berseronok dengan satu sama lain dan pada masa yang sama penstrukturan otaknya turut berlaku.
- Memberikan peluang kepada kita mendengar celoteh bayi dan bertindak balas dengannya,sambil meraikan keunikan bayi dan mengukuhkan hubungan dengan bayi apabila dia merasa selamat dan disayangi.
- Memberikan kita peluang membaca bahasa badan bayi dan kita memberikan tindakbalas memenuhi keperluannya, membina hubungan selamat yang menggalakkan perkembangan saraf otak bayi. Ini yang ditulis oleh Daniel J. Siegel dalam bukunya The Developing Mind. Apabila bayi kita merasakan hubungan yang selamat,dia akan sedia belajar dan berasa lebih bahagia.
- Membenarkan kita belajar perihal diri sendiri dan hubungan kita dengan bayi.
- Kelebihan mengurut bayi akan merendahkan hormon tekanan dan tahap tekanan darah kita. Maka dengan itu kita berasa lebih santai dan mendapat tahap kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.
- Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment