Sentuhan adalah deria pertama yang berfungsi di dalam rahim.Sentuhan juga adalah pengalaman pertama antara bayi dan dunia luar.Sama ada sentuhan itu melalui saluran peranakan,berbaring di atas dada ibunya apabila selamat dilahirkan ataupun dipangku oleh bapanya untuk mengiqamah dan mengazankannya.
Kita berkomunikasi dengan bayi melalui sentuhan.Kita berhubung dengan bayi juga melalui sentuhan.Kita menyulam benang kasih sayang juga masih melalui sentuhan.
Fakta ajaibnya sentuhan pada bayi
- Tempoh 3 bulan pertama di alam rahim,apabila kita berinteraksi dengan bayi,saluran sarafnya mula berkembang pada kadar pertumbuhan yang luar biasa.
- Di dalam rahim, sentuhan yang diterima oleh bayi adalah seperti simfoni pernyataan 'Mesej Kasih Sayang'.”Ibu sentiasa ada disisi untuk dirimu”, “Ibu akan melindungi,menjaga dan mendidikmu dengan sebaik-baiknya” , “Keperluanmu adalah penting kepada ibu”.
- Di luar rahim, refleks komunikasi bayi adalah melalui sentuhan apabila memegang jemari kita,menyusui susu ibunya ataupun merenung dengan penuh mesra.
- Apabila kita memeluk,mengusap dan memicit @ mengurut bayi, ia akan menyebabkan 'hormon positif' dilepaskan keseluruh bahagian badan bayi.Secara tidak langsung ia dapat menbantu menyegar dan menyembuhkan badan bayi.
- Kajian menunjukkan bagaimana sentuhan @ urutan pada bayi dapat memudahkan pola tidurnya,yang sepadan dengan pola tidur ibunya.
- Kajian juga mendedahkan,bagaimana ibu yang tertekan melakukan urutan.Kemudian ibu akan menjadi lebih tenang.Bayinya turut berada dalam keadaan yang tenang.
- Tahap sensisitiviti sentuhan bayi adalah lebih tinggi dan lebih kuat berbanding sentuhan orang dewasa.
- Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka sehingga mereka berumur 3 tahun.
- Sentuhan meransang proses perkembangan dan peningkatan minda,fizikal dan emosi bayi.Malah mewujudkan daya kendiri dalam dirinya.Dendrit dan neuron mereka mula berkembang hasil daripada interaksi bayi bersama kita.
- Sentuhan dapat memberikan kesegaran,meningkatkan aliran darah,melegakan sakit otot dan kesakitan, dan menyalurkan lebih banyak oksigen kepada sel darah.
- Sentuhan penuh kasih sayang pada perut dan punggung bayi membantu memudahkan proses penghadaman dan pembuangan najis.
- Sentuhan @ urutan dapat membantu menenangkan otot yang tegang,membebaskan melatonim 'hormon yang membantu pola tidur bayi',dan menambahkan serotonim 'hormon yang mempengaruhi tahap mood mereka'.
- Menyentuh dan menrurut bayi dapat membantu mengurangkan ataupun mengeluarkan hormon dalam diri kita.Jika ini adalah pengalaman pertama kita sebagai ibu,sentuhan bayi dapat melepaskan oksitosin yang memudahkan proses penyembuhan dan penguncupan uterus selepas kelahiran.
- Melalui sentuhan unik kita, bentuk jemari, ritma usapan dan lembutnya sentuhan dapat membuatkan bayi mengenali dan membezakan kita dengan individu lain.
- Bayi dilahirkan tanpa pakaian dengan kulit yang terdedah.Menerusi sentuhan pada organ yang terbesar iaitu kulit,mereka belajar perihal diri mereka dan dunia.
- Menurut Margaret Mead,ahli antropologi yang terkenal menyatakan hal dari kajiannya,individu yang diurut semasa bayi adalah kurang agresif dan kurang ganas. Oleh itu,sentuhlah dan belailah bayi anda untuk memastikan mereka menjadi insan yang yang kita ingini suatu masa nanti.
- Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment