Thursday, October 10, 2013

Masalah Keguguran rambut.....Kenapa rambut saya selalu gugur...

Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?
  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea (multivitamin).
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo.
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. Tapi jika anda ada kekangan bajet boleh dapatkan  SET BUDGET yang mengandungi Zinc dan ESP.

Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Rambut mahkota wanita! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih. Jom amalkan! Shaklee memang best tau!!!

Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.

* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Herblax, Lecitin Dan Alfalfa - Pilihan Diet Yang Tepat


Pelbagai cara yang akan dicuba oleh wanita khasnya, lelaki juga tidak terkecuali ye. Untuk kurus ada yangs anggup berbelanja ribuan ringgit untuk ke pusat-pusat pelangsingan, ada yang mencuba hanya dengan memakan ubat-ubatan tertentu, ada juga yang hanya amalkan disiplin dengan bersenam dan bersukan. Walau apa pun pilihan anda, hendaklah dibuat secara konsisten kerana tubuh badan yang tidak dijaga akan mengundang pelbagai kesan negatif.

Untuk kurus dan kelihatan langsing secara sihat mudah sebenarnya. Tapi dengan gaya hidup masyarakat moden sekarang yang bekerja jarang keluarkan peluh, duduk ofis dengan air cond 24 jam, mana lemak hendak dibakar? Kesudahannya semakin hari lemak yang terkumpul semakin susah untuk dibuang. Baru pagi tadi saya mendengar berita di televisyen yang msalah obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Wah, mencatat nama tetapi nama yang gah semacam itu sudah tentu tidak kita sukai.

Mahu kurus bukan sahaja sebab ingin menjaga penampilan tetapi juga sebab kesihatan. Berapa ramai yang obes menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Kesihatan paling penting dari perkara lain kerana tanpa kesihatan yang baik bagaimana kita ingin menjaga orang lain bukan?

Makanan Penyebab Kegemukan  
  • Aiskrim - hati-hati jika anda sedang berdiet. Walaupun nampak macam kecil sahaj dan mungkin ada yang fikir ala aku tidak makan nasi malam, bolehla aku makan makanan ringan ni. Walhal dalam aiskrim mengandungi lemak, kalori dan gula yang sangat tinggi.
  • Kerepek kentang - kunyah memang sedap tapi kandungan garamnya amatlah tinggi. Itu belum lagi dikira kalori dengan lemaknya. Jauhinya sebelum terlambat.
  • Daging yang diproses - seperti sosej,hot dog, masakana segera, burger
  • Jajan gergoreng. Apakah dia? Contohnya seperti goreng pisang, ia digoreng dengan minyak yang diguna berkali-kali, mengundang lemak tidak baik dalam badan.
  • Minuman bersoda - tiada apa-apa faedah dengannya melainkan kandungan gula yang tinggi.

Ok setelah kita tahu makanan apa penyebab yang boleh menyumbang kepada kegemukan atau obes, mari kita lihat pula apakah cara yang boleh kita cuba dengan berdiet secara sihat. Pasangan 3 serangkai ini memang "hot stuff" kami kerana ianya menjadi buruan setiap orang. Stok pasangan 3 serangkai ini sekejap saja licin dek kerana kesannya yang sangat positif. Kita tengok dulu apa testimoni terbaru yang menggunakan Herblax, Alfalfa dan Lecitin ini.
Pemakanan juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan seseorang mendapat bentuk badan idaman. Kalau hari-hari belasah makanan segera, fast food maka lupakanlah sahaja. Kena berkorban sedikit untuk kurus. Bukan sahaja untuk cantik tapi yang lebih penting adalah kesihatan kita yang tidak ternilai.

Herblax - adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan dan barulah penyerapan vitamin-vitamin lain dalam badan akan berkesan. Kalau tidak, makan sebanyak mana produk kecantikan pun kulit masih tidak bersih sebab adanya toksin dalam badan. Kena nyah kan dulu toksin ini.











Lecitin: memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini.












Alfalfa: Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.












Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.

Hubungi saya

  • SMS/Call/Whatsapp/Viber/Line : 014 6928253 / 019 6654409
  • Add Friend & PM : Nordiana Jamil


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Keguguran di awal kehamilan FIBROID-CYST-PCOS...Ketahui punca-puncanya


Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.
Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.
Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah  sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran.

Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunya kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan????
 Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.
Anda boleh menggunakan supplement shaklee berikut untuk mengelakkan keguguran berulang lagi..memperbaiki kromosom sama ada lelaki atau perempuan

Zinc Complex

Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.







Vita-E Complex with Selenium

Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.
Selenium juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.


GLA Complex  with Vitamin E and Sunflower Seed Oil


Diekstrak dari Minyak Borage yang merupakan sumber asid lemak omega -6 dalam kepekatan yang paling tinggi dan semulajadi. Dilengakapi dengan Vitamin E dan minyak bunga matahari. GLA Complex berfungsi dengan mengawal keseimbangan hormon. Membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan. Disamping itu ia membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur di mana ia penting untuk membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan dengan ovum dan memanjangkan jangka hayat sperma untuk tingkatkan peluang persenyawaan.








Vivix 

Mengandungi 4 bahan aktif (Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu)yang tinggi dengan kandungan Resveratrol dan Polifenol (kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi) yang lain.
Resveratrol digunakan sebagai terapeutik dalam beberapa penyakit kronik.
Penimbunan AGE (Advanced Glycation End Products) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10 kali ganda lebih kuat dari resveratrol mampu melambatkan pembentukan AGE. Vivix bertindak dengan menyerap masuk sehingga ke dalam DNA untuk memulih dan memperbaiki DNA.









Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan???
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

Shaklee menyarankan 3 Vitamin asas untuk Antioksidan menghalang FIBROID DAN CYST
FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Testimoni Pengguna Shaklee






Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.

  • SMS/Call/Whatsapp/Viber/Line : 014 6928253 / 019 6654409
  • Add Friend & PM : Nordiana Jamil


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Friday, August 23, 2013

Bagaimana Mengatasi Masalah Ekzema?


Ekzema adalah keadaan kulit yang kering dan gatal yang biasanya boleh dikesan pada kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun. Kebiasaanya kanak-kanak yang mengalami ekzema, kulitnya akan kering dan gatal. Tetapi ada juga bayi dan kanak-kanak yang kulitnya sampai luka dan berdarah akibat kulit merekah teruk dan juga anak mengaru akibat terlalu gatal. Kebanyakan pakar mengatakan ekzema tidak boleh dirawat tetapi boleh dikawal.

Jadi bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ekzema? Jom baca testimoni dibawah.

 Alhamdulillah, kesannya memang cepat kan. Tetapi kena ingat ya, lain bayi lain reaksinya. Tambahan lagi supplement Shaklee ni merawat dari dalam. Jadi penggunaan mesti berdisiplin dan berterusan. Inn Syaa Allah pasti akan nampak kesannya. Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP dan Alfalfa sendiri merupakan milk-booster terbaik yang boleh membantu melancarkan lagi penyusuan anda dan membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Jadi memang tidak rugi kan. Tidak percaya? Lihat komen ibu di bawah.


Jadi terdapat beberapa produk Shaklee yang boleh diamalkan bagi mereka yang menghidap masalah ekzema. 
1.) Anak berusia 1 tahun ke bawah
  • Jika masih menyusu badan, ibu boleh amalkan ESP dan Alfalfa.
  • Jika anak mengalami ekzema jenis kering, ibu boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan kegatalan.

2.) Anak berusia 1 tahun ke atas
  • Jika masih menyusu badan, ibu boleh amalkan ESP dan Alfalfa.
  • Anak juga boleh diberi Mealshake untuk membaiki sel kulit dari dalam.
  • Jika anak mengalami ekzema jenis kering, ibu boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan kegatalan.


Berminat? Hubungi saya untuk DISKAUN ISTIMEWA khusus untuk anda D'Lembayung Qaseh Health & Beauty.

Hubungi saya
  • SMS/Call/Whatsapp/Viber : 014 6928253 / 019 6654409
  • Add Friend & PM : Nordiana Jamil


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Monday, March 11, 2013

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)


VIDEO PENERANGAN BERKENAAN CERMIN MATA TERAPI



PAKEJ YANG KAMI TAWARKAN ADALAH:-

Cermin Mata Ajaib + Casing Menawan + Free Poslaju

INFO TERKINI!!!!

Kami Menawarkan Dropshipping Kepada Anda

ADAKAH ANDA SEORANG RABUN!!!!!

Sekarang Ini Tiada Masalah Lagi.....Kami Ada Penyelesaiannya......Memperkenalkan Cermin Mata Ajaib......Dapat Mengurangkan Kadar Rabun Anda Samada Rabun Jauh, Rabun, Dekatmyopia Dan Astigmatism.....


KEBAIKAN PRODUK:
  • Dapat Membantu Mengurangkan Masalah Mata Rabun, Rabun Jauh, Rabun Dekat, Myopia Dan Astigmatism.
  • Selamat Digunakan
  • Tak Perlu Pakai Ubat, Makan Atau Titik.
  • 100% Selamat Dan Semulajadi
  • Tidak Perlu Preskripsi Doktor
  • Tidak Perlu Test Mata
  • Tidak Perlu Lasik Mata
  • Mengurangkan 'Power' Cermin Mata Atau Contact Lens.
  • Memperbaiki Kejelasan Mata Anda
  • Hanya Beli Sekali Seumur Hidup
  • Design Yang Menarik, Boleh Bawak Berjalan
  • Boleh Digunakan Sebagai Cermin Mata Penapis Uv Dari Komputer.
  • Murah Dan Murah Dan Murah Sangat
  • Dapat Mengurangkan Power Cermin Mata Anda
  • Sesuai Untuk Membaca Atau Melayari Internet.
  • Mengelak Mata Rabun Bertambah Rabun
  • Murah Dan Berkesan.
  • Boleh Digunakan Sebagai Sunglass Diwaktu Panas
  • Boleh Diguna Sesiapa Saja. Satu Untuk Semua
MODEL:MRF-001
*Sesuai bagi mereka yang rabun sehingga tahap maksimum 800
MODEL: MRF-002
*Sesuai bagi mereka yang rabun sehingga tahap maksimum 400
MODEL: MRF-003
*Sesuai bagi mereka yang rabun sehingga tahap maksimum 600
HARGA RASMI JUALAN : RM69.90 SAHAJA TERMASUK POSLAJU SELURUH MALAYSIA

ANDA NAK BERNIAGA!!!!!
  • BELI MINIMUM 20 PASANG (CAMPUR-CAMPUR MODEL)
  • RM30 SAHAJA SEPASANG
  • TERMASUK KOS PENGHANTARAN POSLAJU

PROMOSI TERKINI !!!
    • Poslaju Percuma Seluruh Malaysia
    • Kos Penghantaran Adalah Percuma Seluruh Malaysia Sahaja
    • Cod : Serdang, Seri Kembangan, Bangi & Putrajaya Sahaja
    • Pihak Kami Bertanggungjawab Ke Atas Produk Sehingga Diterima
    • Harga Tertakluk Kepada Pasaran Semasa
    • Pihak Kami Menyediakan Polisi Money Back Guarantee
    JADILAH PENGGUNA BIJAK!!!


    Kami Memberikan Tempoh 3 Hari Polisi Pengembalian Produk Jika Anda Tidak Berpuas Hati Dengan Produk Yang Diterima. Pihak Kami Akan Memulangkan Semua Wang Anda Setelah Anda Mengembalikan Produk Yang Ditempah/Dibeli. Pengembalian Boleh Dilakukan Melalui Pos Dan Segala Kos Berkaitan Pos Adalah Menjadi Tanggungjawab Anda. Anda Juga Boleh Menghantar Secara By Hand Kepada Kami.

    INFORMASI BERKENAAN CERMIN MATA TERAPI:





    ARAHAN PENGGUNAAN CERMIN MATA TERAPI:

    Saturday, February 16, 2013

    SATU MUHASABAH : KENAPA YAHUDI BIJAK ???


    Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

    Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

    Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,"ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau
    membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

    Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama, saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

    Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

    Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
    (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

    Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal,makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

    Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

    Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

    Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini berguna untuk mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

    Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

    Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg bodoh dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran pereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

    Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri

    Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival,yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

    Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

    Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA

    Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

    (Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)



    • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA  dan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.
    * Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...