Monday, November 19, 2012

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SUSU IBU TERHADAP BAYI


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",


Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik iaitu susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan
Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.


Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Mudah dihadamkan
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.
Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.
Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!
Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.
Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenangkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

 

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

 

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

 

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

 

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

 

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

 

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

 

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

 

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

 

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

 

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman





  • Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.

* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

Sunday, November 18, 2012

NUTRIEN PENTING BUAT IBU DAN BAYI DALAM KANDUNGAN


Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan. Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.


Nutrien Yang Anda Perlukan Untuk Membantu Bayi Anda Membesar

Nutrien
Jumlah harian
yang disyorkan (Recommended Daily Amount - RDA)
Fungsi
Kalsium
800mg (1,250mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.
Dapatkan kalsium daripada: 200ml susu: 230mg, 200ml susu kacang soya diperkaya: 273mg, 1 karton kecil yogurt: 225mg, 1 roti naan: 273mg, 4 biji buah ara kering: 168mg
Kromium
Tiada RDA
Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.
Dapatkan kromium daripada: 85g ayam panggang tanpa kulit: 22mcg, 1 keping roti bijian penuh: 16mcg
Tembaga
1.2mg (1.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah
Dapatkan tembaga daripada: 150g (1 cawan) kacang lentil hijau/perang: 0.50mg; 100g (4 sudu besar) kacang merah: 0.24mg: sebiji mangga: 0.25mg
Fluorida
Tiada RDA
Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal
Dapatkan fluorida daripada: Air (air paip di Malaysia diperkuat dengan fluorida). Juga, 1 cawan kale yang telah dimasak: 0.205mg, 1 biji epal sederhana besar: 0.093mg
Asid Folik
300mcg (360mcg untuk ibu-ibu yang menyusukan ) ditambah 400mcg suplemen sebelum konsepsi dan untuk tiga bulan pertama kehamilan
Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
Dapatkan asid folik daripada: Setengah cawan kacang lentil masak: 179mcg; 7 sudu besar kepingan bran: 113mcg; 1 biji pisang sederhana besar: 20mcg; 2 tangkai brokoli: 61mcg; sebiji oren bersaiz besar: 54mcg
Iodin
140mcg
Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.
Dapatkan iodin daripada: Garam biasa beriodin, ikan, rumpai laut, susu, produk tenusu; juga dalam air minuman berfluorida.
Zat besi
14.8mg
Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi.
Dapatkan zat besi daripada: Gabungan sumber haiwan dan tumbuhan: 85g daging batang pinang, kira-kira 2.4mg; 4 sudu besar kacang kuda dimasak: 2.2mg; 3 sudu besar daun bawang: 1mg; 7 sudu besar kepingan bran: 9mg; 1/2 tin besar kacang panggang: 2.8mg; 85g daging tanpa lemak: 2.4mg; 2 1/2 sudu besar kacang pis beku: 1.1mg
Magnesium
270mg (320mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu
Dapatkan magnesium daripada: 9 biji kacang Brazil: 123mg; 2 1/2 sudu besar bayam: 44mg; 2 1/2 sudu besar kacang bendi: 77mg; 4 sudu besar nasi beras perang: 71mg
Mangan
Tiada RDA
Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat
Dapatkan mangan daripada: 170g nasi beras merah: 6.93mg; 1 cawan bubur: 0.95mg; 175g kacang hitam dimasak: 0.76mg
Asid Pantotenik
Tiada RDA
Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak.
Dapatkan asid pantotenik daripada: 1 biji telur rebus bersaiz sederhana: 1.1mg; 1/2 avokado bersaiz sederhana: 1.1mg; 1 cawan susu: 1mg
Fosforus
550mg (990mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.
Dapatkan fosforus daripada: 85g ikan salmon dalam tin (termasuk tulangnya): 279mg; 175g kacang pinto dimasak: 273mg; 1 cawan susu: 247mg; 175g kacang hitam dimasak: 241mg
Potasium
3,500mg
Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf.
Dapatkan potasium daripada: 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 844.4mg; 240ml jus prun: 706.6mg; 1 cawan kismis: 575mg; 10 biji aprikot kering: 482mg
Riboflavin
1.14mg (1.16 mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda.
Dapatkan riboflavin daripada: 1 cawan yogurt: 0.5mg; 85g daging itik tanpa kulit: 0.4mg; 1/2 cawan cendawan rebus: 0.2mg; 1/2 cawan keju rikota: 0.2mg
Thiamin
0.9mg (1mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf.
Dapatkan thiamin daripada: sekeping roti naan: 0.32mg; 1 sudu besar Marmite: 0.46mg
Vitamin A
700mcg (950 untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah.
Dapatkan vitamin A daripada: 180ml jus lobak merah dalam tin: 4,738 RE; 1 keledek bakar: 2,488 RE; 1 lobak merah mentah: 2,025.4 RE; 1 cawan tembikai: 515.2 RE
Vitamin B6
0.96mg
Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf.
Dapatkan vitamin B6 daripada: 1 biji pisang bersaiz sederhana: 0.7mg; 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 0.7mg; 1 cawan kacang kuda: 0.6mg; 85g dada ayam: 0.5mg
Vitamin C
50mg (80mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
Dapatkan vitamin C daripada: 240ml jus oren: 124mg; 1 cawan strawberi: 84.5mg; 2 tangkai brokoli: 32mg; 2 biji tomato: 30mg
Vitamin D
10mcg
Membantu membina tulang dan gigi.
Dapatkan vitamin D daripada: 1 keping stik salmon: 0.22mg; 200ml susu: 0.08mg; 2 filet ikan plais (ikan sebelah): 0.36mg
Zink
7mg (9.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran.
Dapatkan zink daripada: 2 kepingan tebal daging lembu/kambing: 4.6mg; 30g biji bunga matahari: 1.5mg; 1/2 tin kecil tuna: 1mg


Jika dilihat pada jadual ni,rasanya macam tak termakan kesemuanya.Sebagai seorang bakal ibu,kita pastinya ingin melahirkan bayi yang sihat dan sempurna tubuh badannya. Disamping berdoa pada Allah,kita juga haruslah berusaha untuk sentiasa mencukupkan pengambilan vitamin-vitamin bagi memastikan kita dan bayi yang bakal lahir sihat.Disini kami ingin membantu bakal-bakal ibu yang perlukan pengambilan supplement tambahan agar si ibu dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang sepatutnya.Shaklee menawarkan rangkaian supplement yang semulajadi dan lebih mudah diserap.Oleh kerana itu kesannya memang cepat dan hebat.


Apa Yang Terkandung Dalam Set Kehamilan Kami :

·         Vita-Lea® Iron Formula (Multi vitamin & Multi mineral)
·         Vita-CTM 500 mg
·         B-Complex
·         OsteMatrix™
·         Omega Guard ™

Khasiat Set Kehamilan ini :

Vita-Lea® Iron Formula (Multi vitamin & Multi mineral) adalah Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee.Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

Vita-CTM 500 mg =>Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


B-Complex =>Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Testimoni Pengguna



Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 019-6654409 atau add FB saya Nordiana Jamil atau LIKE Fanpage saya D'Lembayung Qaseh Health & Beauty. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan.Konsultasi Percuma selepas pembelian hanya untuk customer D’Lembayung Qaseh Health & Beauty.


* Testimoni ini adalah pengalaman pelanggan dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.Sila konsult dengan pengedar anda terlebih dahulu.

 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...